Harian Metro

TEKAD JOKOWI!

Buat rombakan kecil dengan melantik 2 menteri baharu

-

‘ Pengalaman dan rekod prestasi Zulkifli sudah dipertimba­ngkan sebelum beliau dilantik”

Presiden Indonesia Joko Widodo melakukan rombakan kecil Kabinet, Rabu lalu.

Ia langkah kali ketiga beliau dalam penggal kedua memegang jawatan.

Channel News Asia melaporkan dua menteri baharu dilantik termasuk Ketua Parti Amanat Nasional (Pan) Zulkifli Hasan kini menjadi Menteri Perdaganga­n menggantik­an Muhammad Lutfi yang dikritik ramai susulan langkah kurang berkesan menguruska­n bekalan minyak masak domestik, baru-baru ini.

Beliau sebelum ini adalah Menteri Perhutanan dari 2009 hingga 2014 di bawah bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Joko Widodo, yang juga lebih dikenali sebagai Jokowi, turut melantik bekas panglima tentera Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Hal Ehwal Pertanian dan Perancanga­n Tanah, menggantik­an Sofyan Djalil.

Dalam rombakan kabinetnya juga, Jokowi melantik Raja Juli Antoni sebagai timbalan Hadi, John Wempi Watipo sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan Afriansyah Noor sebagai Timbalan Menteri Tenaga Kerja.

Mengulas mengenai rombakan itu, Jokowi berkata, menteri-menteri baharu sudah dilantik berdasarka­n kemampuan mereka, katanya dalam satu siaran langsung.

“Saya melihat rekod prestasi mereka terutamany­a kemahiran pengurusan. Ini kerana mereka bukan sahaja perlu bekerja pada isu makro, tetapi juga mikro.

“Pengalaman dan rekod prestasi Zulkifli sudah dipertimba­ngkan sebelum beliau dilantik. Hal ehwal makanan berkaitan rakyat memerlukan pengalaman lapangan.

“Dari segi eksport pula, saya fikir ia juga urusan Menteri Perdaganga­n, tetapi apa yang lebih penting ialah keperluan asas (rakyat) dalam negara yang kita kena jaga dan utamakan,” katanya.

Pemimpin Indonesia itu juga beberapa kali berkata semasa memegang jawatan, dia mahu kerajaanny­a menyelesai­kan masalah pemilikan tanah rakyat dengan secepat mungkin yang ditugaskan­nya kepada Hadi.

Menurut perlembaga­an Indonesia, Jokowi hanya boleh berkhidmat untuk maksimum dua penggal, yang akan tamat pada 2024.

Jokowi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia