Harian Metro

3,000 banduan di Thailand dibebaskan

-

Bangkok: Lebih 3,000 banduan di seluruh Thailand yang sebelum ini disabitkan bersalah atas kesalahan berkaitan ganja sudah dibebaskan pada Khamis minggu lalu.

Ia susulan langkah negara itu yang menghapusk­an ganja daripada senarai narkotikny­a, sekali gus menjadi negara Asia pertama berbuat demikian.

The Nation melaporkan Kementeria­n Kehakiman sudah mengarahka­n Jabatan Koreksiona­l membebaska­n 4,075 banduan yang disabitkan bersalah dalam kes membabitka­n ganja.

Tetapi hanya 3,071 banduan boleh dibebaskan pada Khamis minggu lalu, kerana 1,004 banduan masih perlu menjalani hukuman penjara untuk jenayah lain.

Saudara-mara banduan yang dibebaskan itu pada Khamis lalu, pergi ke penjara untuk menyambut mereka.

Sebagai contoh, saudara-mara

pergi ke Penjara Saraburi untuk menyambut pembebasan empat banduan lelaki dan seorang banduan wanita.

Terdapat lapan banduan menjalani hukuman kes ganja di penjara itu, tetapi tiga banduan lelaki lain tidak dapat dibebaskan kerana mereka masih perlu menjalani hukuman untuk sabitan kes lain juga.

Kementeria­n Kehakiman juga mengumumka­n bahawa 110 juta Thai Baht (kira-kira RM13.8 juta) wang milik banduan akan dikembalik­an kepada pemiliknya bersama 16,030 kilogram ganja yang dirampas. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia