Harian Metro

WANITA MODEN, JIWA LAMA

Laufey pilih untuk terus memartabat­kan genre jazz, klasikal sebagai hala tuju muzik pilihan

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Ketika penyanyi muda berlumba menjadi bintang pop, Laufey memilih untuk memartabat­kan genre jazz dan klasikal sebagai hala tuju muziknya.

Laufey atau nama sebenarnya Laufey LÌn JÛnsdÛttir, 23, akui besar tanggungja­wabnya untuk terus lestarikan muzik sebegitu. Apatah lagi dia sendiri membesar dengan keindahan muzik jazz lama.

Penyanyi kacukan China dan Iceland itu mengakui dia wanita moden tetapi berjiwa lama. Bermain muzik klasikal sejak usia empat tahun, membuatkan dia jatuh cinta dan terus memilih genre terbabit dalam kerjaya muzik.

“Sejak kecil lagi, saya sudah bermain piano dan cello. Memang saya dengar muzik sebegitu sejak dulu termasuk jazz.

“Filem-filem yang saya tonton pun memang filem lama. Lagu-lagu dalam filem itu pun kebanyakan lagu jazz yang indah-indah belaka,” katanya.

Walaupun berjiwa klasik, tidak bermakna Laufey menolak untuk mendengar muzik pop. Bahkan, sebenarnya dia sendiri banyak mengambil inspirasi daripada penyanyi pop hebat lain.

“Saya sentiasa meminati Taylor Swift.

Jenis penulisan lagunya banyak menjadi inspirasi kepada saya juga. Corak penceritaa­nnya sangat cemerlang sewaktu saya mendengarn­ya ketika baru berusia 12 tahun. Saya boleh rasa apa yang dia benarbenar ingin sampaikan,” katanya.

Apapun, Laufey tidak mahu hadkan diri kepada sekadar menghasilk­an lagu jazz semata-mata kepada pendengar. Sebaliknya,

Memang susah sebab saya terbiasa untuk ikut kehendak orang dan berpanduka­n buku. Begitulah cara saya bermain muzik di mana memang sentiasa kena ikut peraturan

LAUFEY LÌN

banyak agenda dan pelan dirancangn­ya dalam misi martabatka­n muzik sebegitu.

“Aspirasi utama saya adalah untuk teguh dengan corak seni karya saya. Saya juga mahu mendidik ramai dengan muzik sebegitu dan kepentinga­n untuk terus memelihara­nya.

“Saya mahu tunjukkan bahawa muzik jazz atau klasikal juga boleh jadi menyeronok­kan, digubah, tidak kedengaran basi dan lain-lain. Saya turut menggunaka­n platform TikTok untuk misi terbabit,” katanya.

Menariknya, latar belakang muzik

Laufey memang sangat mengagumka­n. Secara akademik, pengajian muziknya dilakukan secara profesiona­l sejak kecil lagi.

Mana tidak, ibu bapanya juga memang sangat tidak asing bermain muzik. Justeru, dia mengikut jejak mereka namun menjadikan nyanyian sebagai karier utamanya pula.

Dia tidak menafikan agak bergelut juga pada awalnya untuk menghasilk­an corak kreativiti sendiri. Ini kerana dia terbiasa mengikut peraturan dalam bermain muzik seperti yang dipelajari di sekolah.

“Memang susah sebab saya terbiasa untuk ikut kehendak orang dan berpanduka­n buku. Begitulah cara saya bermain muzik di mana memang sentiasa kena ikut peraturan.

“Disebabkan terikat dengan peraturan, saya buntu apabila diminta buat pembaharua­n dalam muzik ketika masuk ke sebuah akademi. Ternyata ia lebih sukar daripada apa yang saya pelajari sebelum itu,” katanya.

Laufey kemudian nekad untuk melepaskan diri daripada terus terikat dengan peraturan bermain muzik secara formal. Ternyata, hidupnya jadi lebih mudah selepas dia berbuat demikian.

“Penting sebenarnya untuk belajar melupakan sesuatu. Pembelajar­an teknik tertentu saja saya ketepikan dan mengawal sepenuhnya corak penghasila­n karya saya.

“Memang canggung juga awalnya apabila kena menulis lagu cara sendiri. Tapi apabila sudah lakukannya, barulah rasa muzik yang dihasilkan lebih tepat dengan jiwa,” katanya.

Selain mengembang­kan karier nyanyianny­a, Laufey menyimpan impian besar untuk menghasilk­an lagu tema filem. Dalam fikirannya, dia sudah ada sasaran membikin lagu untuk filem apa.

“Pertama, saya teringin sangat nak bekerjasam­a dengan Norah Jones suatu hari nanti. Saya pernah membuat persembaha­n di sebuah festival bersamanya namun tidak berkesempa­tan bertegur sapa.

“Selain itu, saya mahu hasilkan lagu untuk filem terbitan Pixar. Tapi paling saya idamkan semestinya untuk menghasilk­an lagu tema James Bond,” katanya.

Laufey terbaru tampil dengan sebuah lagu berjudul Fragile. Lagu terbabit diinspiras­ikan daripada pengalaman hidupnya berkisar rasa rapuh serta kerinduan terhadap seseorang.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? IDAM cipta lagu tema James Bond.
IDAM cipta lagu tema James Bond.
 ?? ?? AKUI diri moden tapi berjiwa klasik.
AKUI diri moden tapi berjiwa klasik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia