Harian Metro

SAINGAN MAKIN SUKAR

Aufahanie sentiasa berusaha perkukuh kedudukan dalam industri ekoran kemunculan penyanyi baharu

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Cabaran bergelar penyanyi hari ini bukanlah mudah seperti disangka. Banyak cabaran dan dugaan tak terduga yang perlu dihadapi dalam perjuangan ini.

Bagi penyanyi muda, Aufahanie, dia tidak menolak bahawa kemunculan penyanyi baharu di dalam industri muzik sentiasa menjadi cabaran besar buatnya untuk mengekalka­n kedudukan.

Merangkak ke usia dua tahun karier seninya, Aufahanie atau nama sebenarnya Nur Aufahanie Mokhtar yang mula diteroka bakatnya menerusi program I Can

See Your Voice Malaysia musim ketiga (ICSYVMY3) sentiasa berusaha untuk mengukuhka­n namanya dalam industri muzik.

“Sejujurnya, saya rasa sangat sukar untuk berada di dalam industri muzik, lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang-orang baharu yang sentiasa muncul untuk menjadi penyanyi.

“Di media sosial, kita dapat melihat betapa ramainya orang baharu yang mencuba nasib menjadi penyanyi dan saingan daripada mereka juga agak mencabar,” katanya.

Pernah tular di media sosial menerusi video lagu ‘cover’ menyanyika­n lagu Peluang Kedua dendangan penyanyi asal, Nabila Razali, Aufahanie sentiasa menganggap bahawa rezeki setiap individu itu sudah tertulis dengan rapi.

“Saya jenis yang kalau nampak orang lain dapat sesuatu, saya akan cakap kepada hati saya bahawa itu adalah rezekinya.

Jarang sekali saya nak persoal rezeki orang lain.

“Saya tahu ada sesetengah orang suka menjadi tular untuk dapatkan sesuatu. Saya pun suka tengok mereka yang tular ini dan saya anggap, itu juga rezeki mereka mendapatka­n sesuatu dengan cara itu,” katanya.

Aufahanie bagaimanap­un enggan menggunaka­n sebarang kontrovers­i semata-mata untuk melonjakka­n namanya.

“Sebolehnya, saya nak elakkan gimik melainkan gimik itu bersifat positif. Tak mahulah kalau ia bersifat kontrovers­i,” katanya.

Terbaharu, artis yang bernaung di bawah payung pengurusan Indigital

Music ini hadir dengan lagu berjudul Geming

Jiwa ciptaan dan lirik oleh Amylea.

“Lagu berjudul

Geming Jiwa ini berkisar mengenai memendam perasaan. Walaupun saya baru berusia 19 tahun, sebenarnya banyak juga yang saya lalui dan pendam.

“Contohnya apa yang saya pendamkan tidak semestinya perasaan cinta, tetapi boleh juga menjadi perasaan berkaitan keluarga, kawan-kawan dan sebagainya.

Di media sosial, kita dapat melihat betapa ramainya orang baharu yang mencuba nasib menjadi penyanyi dan saingan daripada mereka juga agak mencabar AUFAHANIE

“Apa yang boleh saya kongsikan kerjasama dengan Amylea adalah sesuatu yang saya nantinanti­kan sebab saya memang mengagumi hasil kerjanya sebagai komposer dan penulis lirik,” katanya.

Geming Jiwa juga menjadi lagu selingan dalam drama bersiri Dendam Seorang Isteri lakonan barisan pelakon handalan seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh.

 ?? ??
 ?? FOTO ROHANIS SHUKRI ??
FOTO ROHANIS SHUKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia