Harian Metro

BELIAN BERBALOI

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Lokasi rumah yang terletak dalam kedudukan strategik iaitu tidak jauh dari akses lebuh raya dan dekat dengan infrastruk­tur seperti pasar raya serta taman rekreasi menjadi kelebihan buat pemiliknya, Faridatul

Citra Md Isa, 40.

Faridatul Citra yang juga penjawat awam dan berkhidmat di Putrajaya ketika itu meninjau hartanah berpotensi untuk dibeli selepas menetap beberapa tahun di kuarters di kawasan sama.

Menurutnya, hasrat membeli rumah itu sudah lama tetapi masih memikirkan lokasi yang sesuai dan meninjau projek berhampira­n.

“Pada tahun 2016, saya sudah membuat permohonan bagi memiliki Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Putrajaya yang sedang rancak dibina.

“Ketika permohonan, terdapat dua fasa sudah hampir siap dan saya memohon bagi fasa ketiga yang sedang dalam pembinaan.

“Mungkin rezeki, fasa kedua projek perumahan khusus untuk penjawat awam iaitu PPAM Larai masih kosong menyebabka­n saya tersenarai dalam unit terbabit,” katanya.

Kata Faridatul Citra lagi, dia juga tertarik untuk memiliki kediaman itu kerana harga hartanah terbabit munasabah dengan unit ditawarkan.

“Ketika saya buat tinjauan untuk beli rumah di kawasan sekitar, tidak dinafikan harga menjadi faktor utama dalam pembelian hartanah terutama rumah pertama.

“Sukarnya untuk mendapat harga dalam julat yang saya mampu dengan fasiliti atau rumah selesa.

“Saya lihat pilihan terbaik ialah membeli kediaman daripada projek khas untuk kakitangan awam berdasarka­n unit ditawarkan memiliki keluasan selesa.

“Dengan harga sekitar RM300,000, saya boleh memiliki kediaman jenis apartmen empat bilik dan tiga bilik air.

Keluasan dianggarka­n 139 meter persegi ideal untuk didiami penghuni sudah berkeluarg­a,” katanya.

Proses memiliki kediaman juga katanya berjalan lancar kerana menggunaka­n pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan menerusi Lembaga

Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

“Satu manfaat bagi penjawat awam seperti saya apabila ada skim pembiayaan khusus untuk pinjaman perumahan.

“Kelayakan skim berkenaan mengikut tangga gaji dan saya mendapat pembiayaan penuh daripada LPPSA untuk rumah pertama.

“Saya tidak perlu sediakan deposit selain caj lain termasukla­h perundanga­n dan sebagainya kerana ia diurus pihak PPAM dan LPPSA ketika itu,” katanya.

Dia dan suami, Kamarulzam­an Amran, 56, selesa mendiami rumah pertama itu kerana pelbagai kemudahan disediakan. Ia termasuk dewan, taman permainan dan lot komersial di kawasan parkir bertingkat dengan memiliki kemudahan kedai runcit serta restoran.

“Setakat ini antara cabaran kami ialah ruang parkir yang terhad yang mana satu unit rumah hanya mempunyai satu parkir.

“Penghuni yang tinggal dengan keluarga besar atau memiliki lebih dari dua kenderaan terpaksa parkir berselerak.

“Cuma baru-baru ini ada ihsan dari pemaju yang mana ada tapak kosong membenarka­n parkir sementara untuk penghuni,” katanya.

Dengan harga sekitar RM300,000, saya boleh memiliki kediaman jenis apartmen empat bilik dan tiga bilik air. Keluasan dianggarka­n 139 meter persegi ideal untuk didiami penghuni sudah berkeluarg­a FARIDATUL CITRA MD ISA

 ?? ?? FARIDATUL Citra membeli rumah PPAM Larai kerana memenuhi bajet.
FARIDATUL Citra membeli rumah PPAM Larai kerana memenuhi bajet.
 ?? ?? RUANG dapur kediaman pertama milik Faridatul Citra.
RUANG dapur kediaman pertama milik Faridatul Citra.
 ?? ?? RUMAH didiami Faridatul Citra dan suami, Kamarulzam­an.
RUMAH didiami Faridatul Citra dan suami, Kamarulzam­an.
 ?? ?? INFRASTRUK­TUR taman permainan kanak-kanak.
INFRASTRUK­TUR taman permainan kanak-kanak.
 ?? ?? TURUT memiliki balkoni untuk aktiviti bercucuk tanam.
TURUT memiliki balkoni untuk aktiviti bercucuk tanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia