Harian Metro

SINGKIR KOTORAN DEGIL

Setiap jenis sisa kotor pada pakaian miliki kaedah tersendiri bagi penyingkir­an lebih berkesan

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Mengenakan pakaian yang bersih bukan sahaja penting untuk kesihatan pemakai, malah membina keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai.

Jadi, mengenakan pakaian masih tersisa kesan kotoran degil seperti darah, alat kosmetik, dakwat pen atau sebagainya, ia boleh mendatangk­an rasa kurang selesa meskipun selepas dicuci.

Lebih stres lagi apabila kesan kotoran itu terkena kepada baju kesayangan atau fabrik yang mahal. Kadangkala tidak selesa dengan kotoran itu, pemilik pakaian sanggup buang daripada menyimpan atau memakainya.

Tampak permasalah­an mengenai kesan kotoran degil adalah urusan remeh-temeh rumah, tetapi dari sudut lain ia boleh menyebabka­n pembaziran terutama pembuangan fabrik ke tempat pembuangan sampah.

Bagi mengelakka­n pembaziran dan membantu pemilik pakaian dapat terus menggayaka­n pakaian kesayangan mereka, beberapa tip boleh dilakukan bagi menanggalk­an kesan degil:

1. Kenal pasti jenis fabrik terlebih dahulu

Tidak semua pakaian yang terkena kesan kotoran degil boleh dibersihka­n menggunaka­n peluntur atau pencuci pakaian. Sebahagian jenis fabrik mudah rosak atau reput kerana pencuci yang tidak sesuai.

Contohnya menyingkir­kan kesan kotoran kain berbulu atau fabrik daripada bulu haiwan, fabrik itu lebih berisiko untuk meregang dan rosak terutama apabila menggunaka­n peluntur. Terdapat pencuci khas digunakan bagi pakaian berbulu.

Begitu juga fabrik sutera, biasanya ia dikendalik­an dengan cermat kerana sutera antara fabrik sangat

‘rapuh’ dan mudah rosak. Malah, penggunaan pencuci yang memiliki ‘kuasa’ cucian yang boleh melunturka­n warnanya.

Berbanding fabrik sintetik yang kebanyakan­nya dihasilkan dalam keadaan ‘tegap’ bagi memudahkan urusan mengendali­kannya apatah lagi ia menjadi pilihan kebanyakan pereka atau pembuat pakaian sebagai pakaian harian. Fabrik sintetik tidak menghadapi masalah untuk menggunaka­n sebarang pencuci pakaian.

2. Pemilik pakaian perlu mengenai pasti komponen sisa kotoran itu kerana setiap jenis kotoran memiliki kaedah tersendiri bagi penyingkir­an noda degil lebih berkesan.

Berikut adalah cadangan cucian sisa kotoran degil dengan kaedah atau bahan tertentu bagi memastikan hasil yang lebih baik;

i. Kesan tumpahan kopi

Bagi menanggalk­an sisa kopi, rendamkan kain dalam air sejuk selama 30 minit dan cuci dalam mesin basuh dengan dilaras cucian panas. Bagi hasil lebih baik, boleh gunakan cuka pada bahagian terkena tumpahan kopi itu.

ii. Kesan dakwat

Rendam pakaian selama 30 minit dalam air sejuk yang bercampur dengan ammonia. Kemudian gosok lembut di kawasan yang ada kesan dakwat. Selain itu, kaedah lain boleh juga gunakan alkohol untuk singkirkan kesan dakwat. Kaedah yang sama boleh digunakan untuk kesan tumpahan kicap.

iii. Kesan minyak

Jika minyak masak atau minyak motor yang hitam dan likat melekat pada pakaian, ia boleh diibaratka­n sebagai mimpi ngeri kerana kotoran jenis itu sukar disingkirk­an. Cadangan bagi menangani masalah sisa kotoran itu ialah menggunaka­n kapur atau bedak.

Dikatakan komponen dalam kedua-dua bahan itu mampu menyingkir­kan noda hitam yang juga berpunca daripada elemen karbon iaitu bahan kimia yang terdapat dalam minyak.

iv. Kesan gris

Minyak enjin boleh kekal lama dan membuatkan baju kelihatan comot. Gunakan tepung jagung dengan cara, gosok lembut pada bahagian yang terkena gris. Biarkan 30 minit dan buang sisa habuk yang terhasil menerusi penggunaan tepung jagung berkenaan.

Basuh dengan pencuci jenis cecair beralkali dengan laras cucian normal dalam mesin basuh kain.

v. Kesan kotoran peluh (pada kolar baju)

Kotoran degil seperti kesan peluh pada kolar antara masalah kerap dihadapi suri rumah. Sebenarnya kesan berpeluh daripada kulit memiliki elemen berminyak menjadikan ia berubah hitam apabila terkena udara.

Boleh cuba singkirkan kotoran itu dengan menyental atau menggosok lembut bahagian itu dengan menggunaka­n syampu atau sabun mandi.

vi. Kesan darah

Satu lagi kesan yang paling sukar disingkirk­an ialah darah. Namun penggunaan sedikit hidrogen peroksida boleh memudahkan sisa berkenaan ditanggalk­an. Lagi satu kaedah ialah rendam dalam air sejuk yang sudah dicampur dengan garam selama dua jam. Kemudian cuci dengan campuran ammonia dan air.

 ?? FOTO | IHSAN HOSPITAL COLUMBIA ASIA SERI ISKANDAR PERAK ?? PENCUCI pakaian tidak semestinya sesuai untuk semua jenis fabrik.
FOTO | IHSAN HOSPITAL COLUMBIA ASIA SERI ISKANDAR PERAK PENCUCI pakaian tidak semestinya sesuai untuk semua jenis fabrik.
 ?? ?? TIDAK semua pakaian dibasuh dapat ditanggalk­an kesan kotorannya.
TIDAK semua pakaian dibasuh dapat ditanggalk­an kesan kotorannya.
 ?? ?? KESAN peluh pada kolar baju antara kotoran sukar disingkirk­an.
KESAN peluh pada kolar baju antara kotoran sukar disingkirk­an.
 ?? ?? KICAP juga antara sisa tumpahan yang sering berlaku pada baju.
KICAP juga antara sisa tumpahan yang sering berlaku pada baju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia