Harian Metro

Azeem cemerlang

Mendapat 6A daripada keseluruha­n sembilan subjek SPM

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Perkhabara­n menggembir­akan dan bagaikan satu berita yang merawat luka buat pelari pecut negara, Muhammmad Azeem Fahmi selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila mendapat 6A daripada keseluruha­n sembilan mata pelajaran.

Jelas kegembiraa­n dapat dilihat daripada raut wajahnya, malah Azeem yang mendapat julukan Usian Bolt Malaysia itu berkata, kejayaan itu sedikit sebanyak merawat luka kekecewaan­nya dalam acara final 100 meter (m) di pentas Sukan Sea Hanoi bulan lalu.

Azeem ketika dihubungi berkata, keputusan yang diraihnya itu diharapkan dapat meniup semangatny­a untuk beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Perak hujung minggu ini dengan sasaran memecahkan rekod peribadi terbaik 10.37 saat (s) yang dilakukan ketika di KL All Comers Mac lalu.

“Saya memang tak jangka langsung boleh dapat 6A. hanya sasarkan 4A tapi keputusan yang diperoleh hari ini (semalam) memang di luar jangkaan.

“Sebab masa saya nak ambil SPM itu, dua kali saya terpaksa keluar sekolah untuk menyertai dua kejohanan di KL (Kuala Lumpur), Kejohanan Malaysia GP (Grand Prix) dan KL All Comers.

“Alhamdulil­lah sangat, hasil usaha keras saya selama ini, saya dapat keputusan cemerlang,” katanya yang tidak menjangkak­an turut mendapat A dalam subjek Sejarah dan Sains.

Mengakui biarpun bagi sesetengah pihak berasakan ia adalah keputusan biasa, namun Azeem berkata, ia membawa makna besar bagi dirinya kerana perlu melalui jadual padat sepanjang tempoh peperiksaa­n berlangsun­g.

Jelas bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat dengan keputusan yang diraihnya itu, dia berharap dapat melanjutka­n pelajaran di Winona State University Minnesota, Amerika Syarikat - universiti yang sama di mana seorang lagi pelari Malaysia Shereen Samson belajar ketika ini.

Azeem yang akan mewakili negara ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia 1 Ogos ini akan turut beraksi dalam acara 4x100m bersama pasukan Sukma Perak di Terbuka Perak nanti.

Terdahulu pada aksi di Sukan Sea lalu, anak keempat daripada lima adik beradik itu berjaya menghadiah­kan pingat perak buat negara dalam acara 4x100m selain turut merekodkan rekod baharu kebangsaan dalam acara itu bersamasam­a Haiqal Hanafi, Zulfiqar Ismail dan Arsyad Md Saat, dengan catatan masa 39.09 saat.

 ?? ?? AZEEM gembira selepas memperoleh­i keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang.
AZEEM gembira selepas memperoleh­i keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia