Harian Metro

Jangan beri tekanan pada diri sendiri

-

Jangan terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri.

Itu nasihat yang diberikan kepada beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei oleh Pengarah Kejurulati­han Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

Izzudin-Sze Fei dilihat bergelut dengan prestasi apabila tewas pada pusingan pertama di Terbuka Indonesia kepada pemain tuan rumah yang juga pilihan ketujuh, Fajar AlfianMuha­mad Rian Ardianto 19-21, 14-21.

Rexy berkata, mereka yang kini menghuni ranking ke-12 dunia itu terlalu meletakkan harapan besar sehingga memberi kesan kepada prestasi mereka.

“Pada pandangan saya, mereka perlu mengubah persepsi mereka dengan bermain tanpa meletakkan sebarang harapan tinggi dan turun seperti ‘nothing to lose.’

“Ini kerana bila mereka letakkan harapan tinggi itu akan berikan tekanan kepada diri sendiri bila tak dapat bermain corak permainan sebenar mereka,” katanya.

Justeru Rexu berkata, pendekatan itu perlu segera diubah jika mereka ingin mencipta kejayaan di Terbuka Malaysia yang akan bermula 28 Jun hingga 3 Julai ini.

Di Terbuka Malaysia, Izzuddin-Sze Fei akan membuka tirai saingan menentang pasangan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi di pusingan pertama.

 ?? ?? REXY Mainaky
REXY Mainaky

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia