Harian Metro

Kekal keserasian

Kesebelasa­n utama skuad Harimau Malaya kini terbaik

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon disaran mengekalka­n barisan pemain sedia ada untuk tempoh lama bagi membolehka­n mereka memperoleh lebih keserasian selepas layak secara merit beraksi di Piala Asia 2023.

Faktor itu penting bagi membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah baharu layak ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam empat penyertaan.

Legenda Piala Asia 1980, Datuk Abdah Alif berkata, formula seperti itu yang membawa kejayaan ketika zamannya selain setiap pemain perlu mempunyai tahap disiplin tinggi.

“Saya lihat barisan pemain negara kali ini mempamerka­n peningkata­n cukup ketara dalam permainan dan taktikal mereka. Pemain ini perlu disimpan antara dua atau tiga tahun terutama membabitka­n kesebelasa­n utama.

“Kalau tidak, persefaham­an mereka lari. Ketika zaman saya, kesebelasa­n utama tak diketepika­n kecuali jika ada pemain simpanan yang benar-benar bagus.

“Barisan pemain negara kali ini bagus. Nampak corak permainan menyerang walaupun beraksi di padang tak berapa elok. Cuma saya minta perbaiki di bahagian tengah kerana posisi itu cukup penting untuk membantu pertahanan dan penyerang,” katanya.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Piala Asia ialah pada edisi 1980 apabila menduduki tempat ketiga Kumpulan B walaupun gagal mara ke peringkat kalah mati. Harimau Malaya seri 1-1 berdepan Korea Selatan, tewas 1-3 di tangan Kuwait, menundukka­n Emiriah Arab Bersatu 2-0 dan terikat 1-1 bertemu Qatar.

Sementara itu bekas penyerang negara yang juga beraksi pada Piala Asia 1980, Zulkifli Hamzah yakin Pan-gon mampu memperbaik­i lagi corak permainan skuad negara.

“Pada saya yang paling penting adalah sikap pemain kita sendiri. Setiap pemain jangan mendabik dada dan terlalu yakin sebaliknya mereka perlu terus bersikap merendah diri.

“Bukan senang untuk layak, jadi pasukan perlu melakukan persiapan rapi dan harap kita memperoleh kejayaan lebih baik di Piala Asia nanti,” katanya yang meledak dua gol di Kuwait.

Skuad bimbingan Pan-gon menewaskan Bangladesh 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan E kempen kelayakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak ke kejohanan berprestij itu.

Sebelum itu, Harimau Malaya menundukka­n Turkmenist­an 3-1 dan kalah 1-2 kepada Bahrain.

 ?? ?? BARISAN pemain Harimau Malaya yang mencipta kejayaan bersejarah ketika menentang Bangladesh.
BARISAN pemain Harimau Malaya yang mencipta kejayaan bersejarah ketika menentang Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia