Harian Metro

Fifa tarik balik larangan perpindaha­n Perak FC

-

Kuala Lumpur: Perak FC mengesahka­n Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) menarik balik larangan perpindaha­n ke atas kelab itu selepas mereka menjelaska­n semua gaji tertunggak pemain.

Menerusi e-mel kepada pengurusan kelab, Fifa menyatakan ia menerima surat-menyurat daripada pemiutang bahawa dana yang terhutang dipindahka­n ke akaun masing-masing mengikut Perkara 13, Peraturan Mentadbir Prosedur Jawatankua­sa Status Pemain dan Penyelesai­an Pertikaian Dewan.

“Terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas bantuan dan bimbingan mereka. Agenda ini keutamaan kami untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain berkaliber.

“Malangnya penyokong perlu mengharung­i sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata. Ini menunjukka­n komitmen kami untuk memastikan Perak FC dapat mengekalka­n sejarah 101 tahunnya, lalu melangkah ke kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

“Jangan lupa, usaha gigih pemain junior dan muda kita yang mencuba yang terbaik pada sesi pertama musim ini,” kata Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dalam satu kenyataan.

Kejayaan itu bermakna, Perak FC kini bebas menjalanka­n perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindaha­n dan menandatan­gani tiga pemain import ke kelab itu, namun tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulati­han.

 ?? ?? PERAK FC sudah menjelaska­n semua gaji tertunggak pemain.
PERAK FC sudah menjelaska­n semua gaji tertunggak pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia