Harian Metro

Bincang imbuhan setimpal

Pemain skuad negara bakal terima hadiah susulan kejayaan layak ke Piala Asia 2023

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

‘ Saya juga terima permintaan daripada Presiden FAM agar pasukan negara lebih banyak beraksi dalam perlawanan persahabat­an di luar negara”

Ismail Sabri

Imbuhan kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 dibincangk­an minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk meneliti imbuhan bersesuaia­n.

Menurutnya, pencapaian skuad Harimau Malaya membanggak­an selepas penantian selama 43 tahun untuk melayakkan Malaysia beraksi di Piala Asia.

“Saya akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan minggu depan untuk bincang imbuhan sesuai.

“Saya juga terima permintaan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar pasukan negara lebih banyak beraksi dalam perlawanan persahabat­an di luar negara untuk memantapka­n mutu permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara Sentral, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, perbincang­an juga menentukan bentuk imbuhan buat skuad hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

Selasa lalu, skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia selepas membenam Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum itu, skuad hoki lelaki negara mengesahka­n tempat di Piala Dunia tahun depan selepas muncul naib juara Piala Asia di Jakarta, baru-baru ini.

 ?? ?? ISMAIL Sabri turut hadir memberi sokongan ketika perlawanan Malaysia bertemu Bangladesh.
ISMAIL Sabri turut hadir memberi sokongan ketika perlawanan Malaysia bertemu Bangladesh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia