Harian Metro

Sri Pahang tetap tagih khidmat Azam

-

Kuantan: Khidmat pemain tengah Harimau Malaya, Nor Azam Azih tetap ditagih Sri Pahang FC apabila berdepan Sabah FC di Stadium Likas, esok.

Ketua jurulatih kelab itu, Christophe Gamel berkata, skuad itu amat memerlukan pemain berpengala­man berkenaan dalam memperkasa­kan pasukan.

“Memang khidmat Azam ditagih Sri Pahang dalam membentuk pasukan mantap untuk berdepan Sabah.

“Namun setakat ini saya tidak dapat mengesahka­n sama ada Azam bermain bersama Sri Pahang kerana dia baru sahaja beraksi bersama Harimau Malaya.

“Apa yang boleh saya jelaskan Azam mungkin ada, jika tiada apa yang berubah kerana matlamat utama pasukan adalah mencatat keputusan positif di tempat lawan,” katanya.

Musim ini, Azam bukan sahaja nadi utama skuad Tok Gajah, malah pemain Pahang itu membantu skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2023.

Gamel turut mengesahka­n bahawa beberapa pemain skuad itu mengalami kecederaan dan kemungkina­n tersisih apabila berdepan Sabah.

Namun, katanya, masalah kecederaan itu diharap tidak menjejaska­n perancanga­nnya ketika skuad Sri Pahang mahu mencatat kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

“Saya harap semua berjalan lancar dan komitmen tinggi daripada pemain untuk meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik dalam saingan liga," katanya.

 ?? ?? NOR Azam
NOR Azam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia