Harian Metro

Asyik tadah tangan macam berdoa

-

Kuala Kangsar: Seorang lelaki yang dikatakan mengamuk di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Ahad lalu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan.

Tertuduh, Zainordin Mohamed, 36, didakwa memasukkan dadah ke badan, melakukan khianat dan memberhent­ikan kenderaan di tempat yang mendatangk­an bahaya kepada awam.

Zainordin tiba menaiki van polis ke pekarangan mahkamah jam 8.52 pagi kelihatan sentiasa menunjukka­n isyarat menadah tangan seperti berdoa kepada pemberita ketika dibawa memasuki bilik perbicaraa­n.

Tertuduh mengaku bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarka­n pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan menendang cermin sisi sebelah kanan kereta dimiliki Radzi Anam, 45, justeru, mengakibat­kan kerugian RM200.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan dadah berbahaya THC ke dalam badan sendiri manakala untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa sebagai pemandu kereta Toyota Vios menyebabka­n kenderaan itu dihentikan di lorong kanan jalan dalam kedudukan yang mungkin menyebabka­n halangan tidak berpatutan.

Bagi kesalahan khianat dan menyebabka­n halangan pengguna jalan raya, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 253 PLUS arah selatan pada 12 Jun lalu jam 6.09 petang.

Bagi kesalahan memasukkan dadah ke badan, dia didakwa melakukan demikian di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar jam 3.40 petang 14 Jun lalu.

Kesalahan itu masing-masing dibaca mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rohaida Ishak oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Nur Asmaniza memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Ulu Kinta, Ipoh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah memandangk­an pemerhatia­n mendapati tertuduh berkelakua­n tidak waras sepanjang tempoh tahanan reman tertuduh.

 ?? ?? ZAINORDIN dibawa keluar Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, semalam.
ZAINORDIN dibawa keluar Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia