Harian Metro

SPRM temui RM38,000 lagi

-

Putrajaya: Sebanyak lapan akaun bank milik pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dibekukan selepas disyaki digunakan bagi pemindahan wang rasuah membabitka­n nilai lebih RM700,000.

Sumber berkata, siasatan berhubung kegiatan rasuah dikendalik­an pegawai Bahagian Perisikan Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteruskan sejak operasi bermula Isnin lalu.

“Setakat ini seramai tujuh pegawai Imigresen ditahan dan tiada penambahan jumlah tangkapan terkini.

“Turut ditahan dua individu yang juga pemilik syarikat yang disyaki memberikan rasuah kepada pegawai JIM terbabit. Terbaru SPRM menemui tambahan RM38,000 disyaki wang rasuah diberikan kepada pegawai JIM ditahan itu.

“Ia adalah tambahan kepada lebih RM700,000 dirampas SPRM Selasa lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 15 Jun lalu, Harian Metro mendedahka­n seramai tujuh pegawai JIM antara sembilan ditahan di negeri ini dan Selangor bagi membantu siasatan kes rasuah membabitka­n nilai keseluruha­n sebanyak lebih

RM700,000.

Semua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes yang dilaporkan berlaku antara 2019 hingga 2021. Enam pegawai penguat kuasa terbabit termasuk pegawai kanan dan seorang warga asing ditahan SPRM Sarawak manakala seorang lagi pegawai JIM ditahan bersama seorang wanita tempatan yang juga pemilik syarikat di Selangor.

 ?? ?? LAPORAN Harian Metro pada 15 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro pada 15 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia