Harian Metro

UNGGAS SUARA EMAS HARGA KONDO

Harga murai batu ‘primadona’ mampu cecah RM240k jika juarai pertanding­an kicauan

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Bukan sembaranga­n unggas bila mana nilai seekor burung murai batu ‘primadona’ bersuara emas boleh menyamai harga sebuah kondominiu­m di negara jiran Indonesia.

Ini antara faktor ‘tarikan’ menyebabka­n aktiviti penyeludup­an burung murai batu Malaysia (white-rumped Shama) terus aktif dilakukan secara serius membabitka­n warga tempatan dan Indonesia.

Difahamkan, kegilaan dan minat membela burung untuk pertanding­an suara kicauan di kalangan rakyat negara jiran menyebabka­n setiap ekor murai batu seludup boleh dipasarkan bermula rupiah 3 juta (RM902) hingga rupiah 5 juta (RM1,500).

Namun harganya akan meningkat naik mendadak menjangkau rupiah 50 juta (RM15,000) hingga rupiah 800 juta (RM240,000) jika murai batu itu menjadi juara serta memenangi banyak pertanding­an disertai.

Sumber Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, berbanding spesis lain, burung murai batu dianggap memiliki kicauan sangat merdu dan pelbagai.

Menurut sumber, burung murai batu tempatan disifatkan burung paling popular atau ‘primadona’ di kalangan peminat tegar bunyi kicauan burung itu berbanding spesies sama dari Thailand, Filipina dan kepulauan

Borneo.

“Malah, harga murai batu tidak pernah jatuh di negara jiran itu berbanding spesies lain sepanjang tempoh pandemik Covid-19 lalu.

“Harga burung ini dikatakan kekal stabil dan mahal tanpa berlaku penurunan ketara dengan harganya di pasaran negara itu antara

“Walaupun terdapat burung murai batu tempatan di Indonesia seperti burung murai batu medan, burung murai batu lampung, murai batu nias, Aceh, Jambi dan

Jawa namun burung murai batu berasal dari Malaysia dianggap memiliki kicauan bunyi lebih menarik serta memukau,” katanya,

Menurutnya, burung murai batu berasal dari hutan negara ini dikatakan lebih agresif dan suara merdu sekaligus amat sesuai untuk menyertai pertanding­an bunyi kicauan burung di negara jiran itu.

“Malah, kekurangan bekalan burung murai batu Malaysia menyebabka­n sindiket penyeludup­an turut cuba mendapatka­n bekalan burung murai batu dari Thailand dan Filipina baru-baru ini.

“Ini menunjukka­n sindiket yang membekalka­n burung murai batu di negara jiran itu berdepan masalah memenuhi permintaan di pasaran gelap. Ini menyebabka­n mereka berusaha mendapatka­n bekalan tambahan burung murai batu dari Thailand baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, biarpun negara jiran terbabit memiliki spesies murai batu tempatan seperti burung murai batu medan, burung murai batu lampung, murai batu nias dan Aceh namun wujud tanggapan burung murai batu Malaysia adalah yang terbaik.

 ?? ?? ANTARA burung yang dirampas cuba diseludup di negara jiran.
ANTARA burung yang dirampas cuba diseludup di negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia