Harian Metro

‘Dia bercita-cita mahu jadi ustaz’

-

Kota Bharu: Muhammad Zul Hafiz Azman yang ditemui lemas bersama rakannya di Sungai Machang, Limbat di sini, semalam bercita-cita menjadi ustaz dan baru sebulan melapor diri di Pondok Terusan, Pasir Tumboh.

Menurut ibunya, Hasnah Ahmad, 54, anak bongsu daripada lima beradik yang berusia 18 tahun itu sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor.

Katanya, Muhammad Zul Hafiz memilih melanjutka­n pengajian di institusi pondok tanpa paksaan sesiapa, bahkan dia sekeluarga juga bercadang untuk menetap terus di Kelantan, sekali gus lebih dekat dengan remaja itu.

“Memang kami sekeluarga akan pulang ke Kelantan hari ini (semalam) untuk terus menetap di kampung halaman namun tidak menyangka perlu pulang tergesa-gesa malam tadi (kelmarin) kerana Zul Hafiz lemas.

“Dia sudah lama menyuaraka­n hasrat untuk meneruskan pengajian di pondok dan bercita-cita menjadi ustaz malah Pondok Terusan juga adalah pilihannya sendiri.

“Arwah beri alasan kami tidak perlu berjauhan dengannya disebabkan akan kembali menetap di Kampung Tebing Tinggi, Sabak nanti (dekat dengan Pondok Terusan),” katanya ditemui di Unit Forensik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia