Harian Metro

USM lancar nombor plat khas

-

Georgetown: Universiti Sains Malaysia (USM) secara rasminya melancarka­n penjualan nombor pendaftara­n khas USM 1 hingga USM 9999, semalam.

Universiti berkenaan menerusi kenyataan media berkata, pihaknya berbesar hati mengekalka­n kombinasi huruf USM bagi mewakili Universiti Sains Malaysia dalam pemilihan plat khas itu.

USM menyeru warga dan alumninya memberi sokongan padu dengan membida nombor USM 1 hingga USM 9999 yang bermula semalam.

“Bidaan boleh dibuat dengan memuat turut aplikasi carplates.my di Google Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone.

“Pembida boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftara­n, bergantung kepada nilai yang sudah ditetapkan di dalam sistem bidaan,” katanya.

Menurut USM, dana diperoleh hasil penjualan nombor plat akan disalur bagi membantu universiti menyokong memperting­kat kerja penyelidik­an yang sedang giat dijalankan.

Proses bidaan bermula semalam adalah bagi nombor 1 hingga 99 dan seterusnya, sehingga 29 Jun depan bagi nombor antara 9000 hingga 9999.

 ?? ?? NOMBOR pendaftara­n khas boleh mula dibida dengan harga serendah RM250.
NOMBOR pendaftara­n khas boleh mula dibida dengan harga serendah RM250.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia