Harian Metro

Pekerja kini jadi bos syarikat cuci

-

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan, Datuk Mohd Firdaus Mohd Daud turut melatih bekas banduan sebagai usahawan.

Katanya, bukan sekadar melatih, malah beliau turut memberikan bantuan daripada segi modal bagi memulakan perniagaan.

“Saya sendiri adalah bekas banduan dan saya amat memahami kesukaran dialami mereka untuk bangkit semula.

“Disebabkan itu, saya mahu mereka bermula daripada ‘kuli’ sebelum menjadi ‘bos’ untuk perniagaan masing-masing,” katanya.

Menurut Mohd Firdaus, ada seorang pekerjanya yang juga bekas banduan berusia 30-an berjaya membuka syarikat perkhidmat­an mencuci di Johor Bahru, Johor hasil bantuan modal perniagaan diberikann­ya.

“Saya bangga dengan kejayaanny­a,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, pihaknya mengambil 267 pekerja dengan 40 peratus daripadany­a membabitka­n bekas banduan yang terbabit dengan kesalahan jenayah kecil dan dadah sejak 2020.

“Ada beberapa pekerja (bekas banduan) terpaksa ‘dilepaskan’ apabila mereka ditahan polis kerana melakukan jenayah selain masalah disiplin.

“Bagi (pekerja) bekas banduan, kami ada menyediaka­n asrama dan kelengkapa­n asas kepada mereka dengan gaji antara RM1,500 hingga RM3,500, bergantung kepada tugas seperti tukang cuci serta operator,” katanya.

Mohd Firdaus berharap, melalui inisiatif penempatan pekerjaan dilakukan pihaknya, ia dapat membuka ruang kepada lebih ramai bekas banduan untuk membuktika­n yang mereka juga mampu berubah menjadi lebih baik seterusnya diterima masyarakat.

“Kita tahu ada dalam kalangan bekas banduan yang dibuang keluarga tidak mempunyai hala tuju dalam hidup mereka. Disebabkan itu, saya juga memberikan mereka khidmat kaunseling untuk menjadi pendorong mereka berubah ke arah kebaikan,” katanya.

‘ Bagi (pekerja) bekas banduan, kami ada menyediaka­n asrama dan kelengkapa­n asas kepada mereka dengan gaji RM1,500 hingga RM3,500, bergantung kepada tugas seperti tukang cuci serta operator”

Mohd Firdaus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia