Harian Metro

PELUANG BINA HIDUP BAHARU

Lelaki pernah dijel 13 kali sejak 2005 bersyukur diterima bekerja di syarikat penyedia gas memasak

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Pengalaman 13 kali masuk penjara sejak 2005 mendorong bekas banduan, Muhamad Noor Abdullah, 36, untuk mencari ‘sinar baharu’ dengan mendapatka­n pekerjaan halal bagi meneruskan kehidupan.

Muhammad Noor berkata, dia berterusan dipenjara sehingga Mei 2021 atas pelbagai kesalahan termasuk curi dalam bangunan serta penyalahgu­naan dadah.

“Pada 2021, saya dijatuhi hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan curi dalam bangunan. Namun, saya hanya menjalani hukuman lapan bulan selepas berkelakua­n baik dan dibebaskan pada Mei tahun lalu.

“Saya bersyukur majikan yang juga syarikat penyedia bekalan gas memasak sudi terima saya bekerja di sini. Malah, majikan menyediaka­n kemudahan asrama yang turut menempatka­n anak dan isteri saya.

“Pada masa sama, majikan menyediaka­n keperluan asas seperti makanan serta pakaian,” katanya ketika ditemui di pejabat syarikat itu di Balakong di sini.

Muhammad Noor yang berasal dari Banting, Selangor berkata, dia ditugaskan mengisi tong gas serta memandu lori dengan gaji RM1,700 sebulan di syarikat berkenaan sejak dibebaskan pada Mei tahun lalu.

“Sepanjang setahun saya bekerja di sini, majikan dan ra

‘ Layanan ini menjadi pendorong saya terus menjaga disiplin selain bekerja keras bagi membalas kepercayaa­n mereka terhadap saya”

Muhammad Noor

kan sekerja melayan saya seperti keluarga. Saya terharu dengan layanan mereka yang baik terhadap saya serta keluarga (anak dan isteri).

“Layanan ini menjadi pendorong saya terus menjaga disiplin selain bekerja keras bagi membalas kepercayaa­n mereka terhadap saya,” katanya.

Menurut Muhammad Noor, dia bersyukur dapat bekerja dalam tempoh lama di syarikat berkenaan kerana sebelum ini dia kerap hilang fokus ketika bekerja akibat masalah dadah.

“Saya tanamkan dalam hati supaya rajin bekerja untuk mencari rezeki halal demi menyara keluarga. Saya harap masyarakat tidak memandang hina bekas banduan kerana kami juga mahu serta boleh berubah ke arah lebih baik,” katanya.

 ?? ?? MUHAMMAD Noor ditugaskan mengisi tong gas serta memandu lori dengan gaji diterima sebanyak RM1,700 sebulan.
MUHAMMAD Noor ditugaskan mengisi tong gas serta memandu lori dengan gaji diterima sebanyak RM1,700 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia