Harian Metro

Sudah tiga kali keguguran

-

Petaling Jaya: “Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.”

Itu kata Noor Nabila mengenai gosip mengatakan dia kini berbadan dua.

Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata, dia kini keguguran kali ketiga dan reda dengan ketentuan Allah SWT buat dirinya dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

“Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniaka­n rezeki zuriat. Insya-Allah.

“Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang makin membesar. Dia semakin petah berkata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.

“Malah, saya semakin aktif bermain TikTok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa,” katanya.

 ?? ?? NOOR Nabila
NOOR Nabila

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia