Harian Metro

Kapal tangki bawa diesel bernilai RM900,000 ditahan

-

Kota Kinabalu: Kapal tangki berisi 170,000 liter diesel bernilai hampir RM900,000 ditahan di perairan ini selepas disyaki membawa muatan itu tanpa kebenaran.

Penahanan dibuat oleh pasukan bot ronda Agensi Penguatkua­san Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Teluk Sepanggar, di sini pada jam 2 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, anggota menahan kapal tangki itu selepas dikesan mencurigak­an.

“Kapal tangki itu dikendalik­an empat kru termasuk nakhoda warga tempatan berusia antara 24 hingga 72 tahun dan pemeriksaa­n menemui 170,000 liter diesel yang tidak diisytihar­kan dan tiada dokumentas­i sah,” katanya.

Mohd Rosli berkata, kapal dan kru ditahan dan diiringi ke Jeti Maritim Sepanggar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) dan Akta Bekalan 1961.

 ?? ?? ANGGOTA APMM menahan kapal tangki selepas dikesan mencurigak­an di kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Teluk Sepanggar.
ANGGOTA APMM menahan kapal tangki selepas dikesan mencurigak­an di kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Teluk Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia