Harian Metro

Kilang baja haram diarah tutup serta-merta

-

Tanjong Karang: Tidak tahan bau busuk tahi ayam dihidu setiap hari selain gangguan ribuan lalat.

Itu nasib penduduk sekitar Bagan Tengkorak di sini, yang terpaksa melalui azab susulan kewujudan kilang baja haram di kawasan itu sejak hampir setahun lalu.

Bagaimanap­un ratusan penduduk menarik nafas lega berikutan kilang memproses sisa ayam sebagai baja pertanian itu diarah tutup serta-merta Selasa lalu.

Difahamkan kilang itu diserbu dalam operasi bersepadu membabitka­n 15 anggota Majlis Perbandara­n Kuala Selangor (MPKS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan polis pada jam 10.30 pagi.

Pengarah Jabatan Penguatkua­sa MPKS Mohamad Lutfi Mislahhudi­n berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati kilang baja berkenaan beroperasi di lokasi tersorok.

Katanya, pengusaha kilang juga gagal menyediaka­n persekitar­an bersih hingga menyebabka­n bau busuk tersebar meluas.

“Kilang itu diarahkan tutup serta-merta dan dikenakan kompaun ekoran kesalahan tidak memiliki lesen aktiviti mengilang dan kacau ganggu bau busuk,” katanya.

Mohamad Lutfi berkata, pihaknya turut menyita dua unit jentera angkat susun (forklift) dan satu unit pemampat udara di kawasan kilang berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut UUK 3 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustr­ian (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2007 kerana menjalanka­n perniagaan tanpa lesen dari pihak berkuasa,” katanya.

 ?? ?? KEADAAN longkang di kawasan kilang yang kotor.
ANGGOTA penguat kuasa MPKS mengeluark­an kompaun ke atas kilang baja haram.
KEADAAN longkang di kawasan kilang yang kotor. ANGGOTA penguat kuasa MPKS mengeluark­an kompaun ke atas kilang baja haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia