Harian Metro

HILANG HASIL RM4.8B

-

Pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) pada masa ini untuk pembelian kenderaan yang mula diumumkan 5 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada 30 Jun 2022 menyebabka­n kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion setakat ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pengecuali­an SST dilanjutka­n sebanyak tiga kali dan kementeria­n kini sedang mengkaji impaknya dan mempertimb­angkan tindakan seterusnya.

“Kehilangan hasil sebanyak RM4.8 bilion adalah jumlah besar yang boleh digunakan untuk membantu rakyat.

“Kami perlu mengkaji dengan teliti perkara itu. Jika kami memutuskan untuk melanjutka­n tiga bulan lagi, kami akan kehilangan sekurang-kurangnya RM1.2 bilion dan jika kami melanjutka­n untuk tempoh enam bulan lagi, kami akan kehilangan kira-kira RM2.5 bilion,” katanya di luar acara Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC) untuk melancarka­n pelan hala tuju strategik 2022 hingga 2026 di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga memerlukan lebih banyak hasil untuk menyediaka­n lebih banyak subsidi kepada rakyat bagi mengekang inflasi.

Mengenai kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Rizab Persekutua­n pada Rabu lalu, katanya, ia sudah dijangka dan kenaikan itu diambil kira oleh pasaran berikutan inflasi di Amerika Syarikat (AS) agak tinggi melebihi lapan peratus.

“Sebarang langkah oleh negara-negara maju seperti AS, Eropah dan China ternyata akan memberi impak global dan Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali.

“Jangkaan pada masa ini ialah ekonomi AS masih akan berkembang tetapi dijangka perlahan.

Bagaimanap­un, kami akan terus memantau impak daripada perkembang­an ini terhadap ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kadar faedah Malaysia masih rendah, justeru, perlu mempertimb­angkan keperluan campur tangan monetari dan fiskal untuk melindungi rakyat daripada kesan inflasi yang tinggi.

Tengku Zafrul berkata, walaupun langkah ekonomi global akan memberi impak, asas ekonomi Malaysia masih kukuh untuk mengurangk­an impaknya.

Mengenai pergerakan ringgit berikutan kenaikan kadar faedah AS, katanya, ringgit bagaimanap­un mengukuh kelmarin. “Pergerakan ringgit bergantung kepada aliran masuk dan aliran keluar, bagaimanap­un kami tidak terlalu bimbang mengenainy­a. Kenaikan kadar AS bukan hanya menjejaska­n ringgit tetapi juga mata wang lain.

“Insya-Allah, seperti yang kita lihat, ringgit mengukuh,” katanya.

Pengecuali­an SST dilanjutka­n sebanyak tiga kali

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia