Harian Metro

Pakar syor perluas khidmat BRT bagi tangani kesesakan

-

Kuala Lumpur: Penawaran jaringan Perkhidmat­an Transit Aliran Bas (BRT) yang lebih luas, merupakan antara alternatif yang dilihat mampu memperkuku­h jaringan pengangkut­an awam, sekali gus membantu mengurangk­an kesesakan trafik di ibu kota.

Pensyarah Kanan Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr S Gobi Krishna berkata, peluasan perkhidmat­an BRT, meliputi kawasan berjauhan dengan pengangkut­an rel dengan tambang munasabah, perlu dimaksimum­kan menjelang 2025.

Ini bagi menjadikan jaringan sistem pengangkut­an awam lebih efisien dan menyeluruh.

Katanya, penggunaan BRT tidak semestinya memerlukan pembinaan infrastruk­tur jalan atau trek baharu, kerana boleh menggunaka­n laluan jalan raya sedia ada, sekali gus mengurangk­an kos pengambila­n tanah untuk pembinaan.

“Misalnya di Lebuhraya Persekutua­n sudah pun ada lorong khas bas yang boleh ditukar guna dengan sistem perkhidmat­an BRT dan ia boleh diintegras­ikan dengan stesen rel untuk tujuan pertukaran laluan untuk memberikan perkhidmat­an optimum kepada pengguna.

“Bagaimanap­un, tidak semua laluan dan lokasi boleh menggunaka­n jalan raya sedia ada, jika terlalu banyak perhentian, ia akan jadi seperti perkhidmat­an bas henti-henti dan tidak mencapai matlamat sebenar,” katanya kepada Bernama.

Buat masa ini, bas BRT mempunyai laluan eksklusif melalui jalan raya bertingkat dan tidak berkongsi lalu lintas kenderaan lain dengan satu laluan BRT beroperasi ketika ini iaitu Laluan BRT Sunway yang juga sebahagian Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.

Gobi Krishna berpandang­an, BRT mampu melengkapk­an kesalinghu­bungan pengangkut­an rel yang sudah dan sedang dibina melalui integrasi dengan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT), seperti yang dilaksanak­an di BRT laluan Sunway-USJ 7.

Menurutnya, antara laluan dikenal pasti berpotensi adalah Pusat Bandar Raya ke Ampang, Klang ke Pasar Seni, Damansara ke Kinrara serta Kepong ke Ampang, atas faktor kepadatan penduduk tinggi dan dilihat mampu menarik ramai pengguna.

“Pada masa kini, difahamkan Rapid KL sedang menjalanka­n kajian percubaan bagi dua laluan membabitka­n perkhidmat­an BRT iaitu Laluan 400 (Damai Perdana-Hab Lebuh Pudu) dan Laluan 640 (Sri Manja-Hab Pasar Seni).

Beliau berkata, BRT mampu menjadi perkhidmat­an ekspres intra-bandar yang dapat menyokong beberapa kawasan pembanguna­n ekonomi ke pusat bandar raya sekitar Lembah Klang, selain mewujudkan laluan orbital yang menghubung­kan pusat daerah penting.

Selain menyediaka­n perkhidmat­an berkapasit­i tinggi di laluan strategik, BRT juga mampu menghubung­kan kawasan luar atau pinggir bandar ke pusat bandar raya, seperti dilaksanak­an di Curitiba (Brazil), Marrakesh (Morocco), Brisbane (Australia), Stockholm (Sweden) dan Ottawa (Kanada).

Memetik kejayaan pelaksanaa­n mod pengangkut­an itu di Guangzhou China, Gobi Krishna turut mencadangk­an faktor ditambah baik seperti keselamata­n, fasiliti perhentian bas, tahap tampungan rangkaian perkhidmat­an dan perkhidmat­an tempat letak basikal serta laluan pejalan kaki yang selamat disediakan.

Baru-baru ini timbul pertikaian dalam kalangan pengguna media sosial, mengenai keperluan mewujudkan BRT di Lembah Klang sebagai penyelesai­an jangka pendek bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas dialami ketika ini, memandangk­an pembinaan sepenuhnya sistem MRT memerlukan tempoh masa panjang dan hanya dijangka siap pada 2030.

Sementara itu, Pensyarah Pengangkut­an dan Logistik Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Harlina Suzana Jaafar berpandang­an, walaupun pelaksanaa­n sistem BRT membabitka­n kos lebih rendah iaitu lebih separuh daripada LRT serta tidak memerlukan jangka masa panjang namun ia juga perlu dilihat dari sudut ekonomi dan pelaburan jangka panjang.

“Kita juga perlu melihat sejauh mana ia memberi pulangan kepada ekonomi bagi memastikan kelangsung­an perkhidmat­an terbabit, sebagai contoh dari segi kos perbatuan yang mana kos operasi BRT boleh jadi lebih tinggi dari LRT di sesetengah tempat dan kos operasi LRT lebih tinggi dari MRT,” katanya.

 ?? ?? LALUAN BRT Sunway yang menjadi sebahagian Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.
LALUAN BRT Sunway yang menjadi sebahagian Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia