Harian Metro

DBKL kaji semula skim bebas berniaga

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kebenaran lesen percuma Skim Wilayah Bebas Berniaga yang dilihat mungkin menjadi antara faktor kesesakan trafik di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, DBKL antara lain akan menyusun semula kedudukan peniaga serta aktiviti perniagaan di lokasi yang menghalang lalu lintas terutama di tepi jalan.

“Satu mesyuarat yang dipengerus­ikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n akan diadakan bagi menyelesai­kan masalah kesesakan lalu lintas selain pelaksanaa­n kempen naik pengangkut­an awam,” katanya selepas meninjau lokasi hotspot banjir kilat bersama beberapa ahli parlimen Kuala Lumpur di sini, kelmarin.

Antara ahli Parlimen yang turut turun padang bersama Shahidan adalah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), P Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).

Shahidan berkata, usaha untuk mengatasi kesesakan lalu lintas akan dijalankan secara bersepadu dengan kementeria­n dan pihak lain.

Terdahulu dalam tinjauan di empat daripada 24 lokasi hotspot banjir di Jalan Ampang, Jalan Rahmat, Jalan Kasipilay dan Jalan Duta Mas 2, Shahidan turut menerangka­n berkenaan inisiatif interim dijalankan bagi mengatasi banjir kilat, antaranya penggunaan beg pasir dan pam air.

 ?? ?? DR Shahidan (tiga dari kanan) bersama Teresa (tiga dari kiri) dan Ahmad Fahmi (empat dari kiri) meninjau kawasan hotspot banjir kilat di Bukit Nenas. - Gambar NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL
DR Shahidan (tiga dari kanan) bersama Teresa (tiga dari kiri) dan Ahmad Fahmi (empat dari kiri) meninjau kawasan hotspot banjir kilat di Bukit Nenas. - Gambar NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia