Harian Metro

‘BUKAN KEMALANGAN’

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

“Kami mengesyaki kematian Allahyarha­m bukan disebabkan kemalangan semata-mata,” kata ahli keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad.

Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas terbabit kemalangan di Pattani, Thailand bersama suaminya, Shah Rizal Ibrahim yang hanya cedera.

Selepas tiga tahun pemergiann­ya, keluarga arwah membuat laporan di Balai Polis Tumpat, kelmarin untuk menuntut siasatan lanjut terhadap kematian Allahyarha­m.

Menurut ahli keluargany­a ketika dihubungi, laporan itu dibuat selepas mereka mengesyaki ada unsur lain yang mendorong kematian wanita itu.

“Selepas kematian Allahyarha­m, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatka­n maklumat dan hasil dapatan peguam, mendapati kematian Allahyarha­m diragui.

“Kami mengesyaki kematian Allahyarha­m bukan disebabkan kemalangan sebaliknya ada unsur lain menyebabka­n kami tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan dibuat, saya sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini (kelmarin) dan berharap pihak berkuasa dapat menjalanka­n siasatan lanjut,” katanya yang enggan dikenali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan itu.

Katanya, pihaknya akan merujuk laporan ke Bahagian Perundanga­n Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangk­an kemalangan berlaku di Thailand.

Media sebelum ini melaporkan Faziani meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dinaikinya bersama suami terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.

Ketika kejadian, ahli perniagaan itu dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

 ?? ?? LAPORAN Metro Ahad, 19 Mei 2019.
LAPORAN Metro Ahad, 19 Mei 2019.
 ?? ?? FAZIANI
FAZIANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia