Harian Metro

Lelaki ditahan guna nombor plat ‘pelik’

-

Sik: Seorang lelaki yang menunggang motosikal menggunaka­n nombor pendaftara­n #playercuto­ff@_.hamiezan di bahagian belakang mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superinten­dan Abdul Razak Osman berkata, remaja berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai itu ditahan di tepi jalan Pasir Puteh, Sik di sini, jam 6 petang.

Beliau berkata, lelaki yang menunggang Yamaha Y15 itu ditahan dalam operasi Op Motosikal dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap nombor enjin dan nombor casis menggunaka­n sistem Mobile Cops mendapati ia didaftarka­n atas sebuah motosikal Yamaha Y15 iaitu nombor lain.

“Berikutan itu, lelaki yang berasal dari Sik itu ditahan mengikut Seksyen 108 (3)(F) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 iaitu pemalsuan nombor pendaftara­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdull Razak berkata, kes juga disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan terhadap nombor pendaftara­n bertulis.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal terhadap suspek juga mendapati dia bebas pengaruh dadah dan tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

“Dalam operasi itu, sebanyak 123 saman dikeluarka­n terhadap pengguna jalan raya yang membabitka­n pelbagai kesalahan.

“Kesemua mereka yang disaman berusia 13 hingga 25 tahun dan operasi yang bermula jam 4 petang itu berakhir jam 8 malam tadi (kelmarin),” katanya.

Guna nombor pendaftara­n #playercuto­ff @_.hamiezan di bahagian belakang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia