Harian Metro

CINTA PALING MAHAL

Pesara kerajaan rugi lebih RM4.3 juta ditipu sindiket Love Scam

- Oleh Asrol Awang am@hmetro.com.my

Angkara mulut manis jejaka yang kononnya berasal dari Amerika Syarikat (AS), seorang pesara kerajaan rugi lebih RM4.3 juta dijerat sindiket Love Scam.

Episod malang wanita berusia 66 tahun itu bermula selepas mengenali suspek di Facebook (FB) pada Jun tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Temerloh, kelmarin selepas menyedari ditipu apabila suspek kerap meminta wang atas pelbagai alasan.

Katanya, dalam laporan mangsa mendakwa membantu suspek yang dikatakan bekerja sebagai ahli kaji bumi di sebuah syarikat cari gali minyak dan menetap di AS antara 2 Disember 2021 hingga 31 Mei lalu.

“Pelbagai alasan telah diberikan suspek untuk memperdaya mangsa antaranya membantu lelaki itu menjelaska­n hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan selain kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek, yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang.

“Sepanjang tempoh berkenaan, mangsa membuat 190 transaksi ke dalam pelbagai akaun bank diberikan oleh suspek dengan kerugian berjumlah RM4,342,500,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam kes lain, Ramli berkata, seorang peniaga berumur 38 tahun kerugian RM1.5 juta selepas terpedaya dengan pelaburan penanaman pokok yang akan membuahkan X-Fruit seluas 30 hektar,

Katanya, buah-buahan itu dikatakan boleh diproses untuk menghasilk­an minyak bagi kegunaan, antaranya bahan api kapal terbang.

“Mangsa dijanjikan keuntungan tiga kali ganda daripada modal pelaburan dalam jangka masa tiga tahun, menyebabka­n dia bersetuju dan dapat mencari pelabur dari Kemboja dengan wang pelaburan dikumpulka­n sebanyak AS$500,000.

“Wang dimasukkan ke akaunnya sebelum dipindahka­n ke akaun bank suspek dengan tiga transaksi berjumlah RM1.5 juta,” katanya yang memberitah­u semua transaksi dilakukan pada Jun 2015.

Ramli berkata, selepas hampir tiga tahun, mangsa cuba bertanya suspek mengenai perkembang­an pelaburan itu tetapi panggilan telefon disekat, malah usaha mengesan suspek juga gagal sebelum dia membuat laporan polis.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu melalui media sosial yang menggunaka­n pelbagai muslihat untuk memperdaya mangsa.

“Mangsa dijanjikan keuntungan tiga kali ganda daripada modal pelaburan Ramli

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia