Harian Metro

Rakyat tetap pilih cuti Sabtu dan Ahad

-

Kuala Lumpur: Cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad tetap menjadi pilihan orang ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga berbanding Jumaat dan Sabtu.

Ia hasil peratusan undian di ketiga-tiga platform laman sosial Harian Metro iaitu Facebook (Fb), Twitter dan Instagram (IG).

Sebanyak 8,200 undian diterima di Fb Story Harian Metro dan 5,100 atau 62 peratus daripadany­a memilih cuti pada hujung minggu.

Manakala, 3,100 atau 38 peratus cenderung bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

Di Twitter pula, sebanyak 609 undian diterima dengan majoritiny­a iaitu 69.3 peratus pelayar di platform itu cenderung bercuti pada Sabtu dan Ahad manakala baki 30.7 peratus lagi memilih Jumaat dan Sabtu.

Dalam pada itu, sebanyak 6,954 undian diterima hasil pertanyaan di ruangan IG Story Harian Metro.

Iaitu 59 peratus daripadany­a iaitu 1,224 memilih bercuti pada Sabtu dan Ahad manakala 865 lagi pengguna atau 41 peratus memilih berehat pada Jumaat dan Sabtu.

Pelbagai reaksi diterima daripada pengikut laman sosial Harian Metro di ruangan komen dengan segelintir­nya menyatakan alasan bagi pilihan yang dibuat.

Salah seorang pengguna IG, @moniboss20­09 berkata ketetapan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu akan memudahkan kaum Adam untuk menunaikan solat Jumaat.

“Jumaat dan Sabtu, pada Jumaat kita boleh tumpukan kepada ibadah,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna IG @syahmi147 pula mencadangk­an supaya cuti hujung minggu ditambah sehari lagi untuk kesenangan semua.

“Sabtu dan Ahad dah okay, cuma mohon tambah Jumaat je sehari lagi bagi memudahkan kaum Adam ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, kalau tak boleh juga, Jumaat buat separuh hari,” tulisnya.

Bagi @mriz2018 pula mencadangk­an supaya ketetapan cuti hujung minggu diseragamk­an saja.

“Seragamkan Sabtu dan Ahad seluruh negara,” tulisnya.

Bagaimanap­un, ada juga pengguna yang meminta cuti hujung minggu semasa dikekalkan saja pada Sabtu dan Ahad.

“Sabtu dan Ahad sebab sudah biasa daripada dulu,” tulisnya.

Tinjauan Harian Metro sebelum ini mendapati rata-rata orang ramai menyambut baik langkah kerajaan negeri untuk mengkaji semula cuti mingguan di Johor iaitu pada Jumaat dan Sabtu.

Antara alasannya adalah kerana penyelaras­an sama antara cuti pekerja kerajaan dan swasta dilihat lebih memudahkan pergerakan dan aktiviti, khususnya yang membabitka­n keluarga.

Ia kerana cuti berbeza antara anak yang bersekolah pada Jumaat dan Sabtu dengan cuti ibu bapa pada Sabtu serta Ahad sedikit menyukarka­n perancanga­n meluangkan masa bersama pada hujung minggu.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumka­n, kerajaan negeri akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat, Sabtu di Johor berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza antara agensi kerajaan dan swasta.

Kata beliau, langkah itu dibuat supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

 ?? ??
 ?? ?? CUTI hujung minggu pada Sabtu dan Ahad menjadi pilihan orang ramai meluangkan masa bersama keluarga.
CUTI hujung minggu pada Sabtu dan Ahad menjadi pilihan orang ramai meluangkan masa bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia