Harian Metro

Fenomena Aphelion bermula 4 Julai ini

-

Kuala Lumpur: Fenomena Aphelion dijangka bermula pada 4 Julai ini iaitu keadaan di mana kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a), Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan ini berlaku setiap tahun dan masanya ialah kira-kira dua minggu selepas Solstis Musim Panas (21 Jun).

Menurutnya, bagi tahun ini dijangka pada 4 Julai ini dan jarak maksimum antara bumi dan matahari ialah 152,098,455 kilometer pada jam 3.15 petang waktu Malaysia.

“Bagaimanap­un hujan yang berlaku dua tiga hari kebelakang­an ini disebabkan monsun melemah (monsoon break) iaitu angin barat daya bertiup lemah dan bertumpu di kawasan barat Semenanjun­g.

“Keadaan ini menggalakk­an pembentuka­n awan ribut petir intensif di kawasan berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Helmi berkata, fenomena ini tiada kesan kepada bumi dan negara. “Sewaktu musim panas matahari berada jauh dari bumi, sebaliknya semasa musim sejuk matahari lebih hampir dengan bumi.

“Ia adalah fenomena semula jadi yang berlaku setiap tahun berikutan peredaran bumi mengelilin­gi matahari pada orbit yang berbentuk eliptikal,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia