Harian Metro

SKMM, polis siasat tiga individu

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama polis menjalanka­n siasatan terhadap tiga individu yang memuat naik kandungan berunsur sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok, baru-baru ini.

SKMM dalam satu kenyataan memaklumka­n pemeriksaa­n bagi tujuan siasatan sudah dilakukan terhadap pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 15 Jun selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung perkara itu.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan

Multimedia 1998 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

“SKMM memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia