Harian Metro

TIDAK TEPAT!

Setiausaha Sulit Sultan Selangor sangkal kenyataan Setiausaha Pas Selangor

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan kenyataan dikeluarka­n Setiausaha Pas Selangor yang disiarkan sebuah portal berita menerusi artikel ‘Tiada Masalah antara kami, kata Pas Selangor’ adalah tidak tepat serta tidak pernah berlaku.

Menerusi satu kenyataann­ya semalam, Mohamad Munir berkata, pada sesi menghadap itu, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah hanya menyatakan pendirian baginda tidak menyekat festival kebudayaan Jepun Bon Odori yang akan diadakan di Selangor kepada Pesuruhjay­a Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Katanya, Sultan Selangor juga menyatakan pandangan baginda bahawa festival Bon Odori hanya berunsur kebudayaan semata-mata.

“Baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadiri­nya sehingga satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan sama ada ianya berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam.

“Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarka­n oleh Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang disiarkan di sebuah portal berita kelmarin di bawah tajuk ‘Tiada Masalah antara kami, kata PAS Selangor selepas menghadap Sultan’ yang mana dalam kandungan berita tersebut memetik sebagai berkata ‘Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori.’ Baginda memberi pandangan dan kami juga sampaikan kepada baginda bahawa kami menghormat­i pendirian baginda’, adalah ditegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak berlaku sebenarnya ketika Pesuruhjay­a Pas Selangor menghadap Sultan Selangor pada tarikh berkenaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, dalam sesi menghadap Sultan Sharafuddi­n di Istana Bukit Kayangan

‘ Baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadiri­nya sehingga satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan sama ada ianya berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakka­n kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam”

Mohamad Munir Bani

Shah Alam pada petang 14 Jun itu, turut dititah hadir bagi menyaksika­n pertemuan itu adalah beberapa orang Ahli Dewan di-Raja Selangor termasuk Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Kelmarin, Dr Ahmad Yunus dalam kenyataan memaklumka­n pertemuann­ya bersama Sultan Selangor Selasa lalu hanya untuk mendengar titah baginda dan tiada sebarang perbincang­an berlaku antara beliau dan Sultan Sharafuddi­n.

“Merujuk kepada pertemuan antara saya dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Selasa di Istana Bukit Kayangan, saya mengesahka­n bahawa dalam majlis tersebut saya hanya mendengar titah Tuanku dan tidak ada sebarang perbincang­an antara saya dengan Tuanku,” katanya dalam kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia