Harian Metro

Kenyataan Caely Holdings tidak benar: Jovian

-

‘ Saya juga ingin menegaskan saya tidak melakukan sebarang bentuk persetujua­n yang mencermink­an penerimaan saya terhadap tawaran pelantikan itu”

Jovian Mandagie

Putrajaya: Pereka fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie menafikan beliau adalah Naib Pengerusi Eksekutif sebuah syarikat pengeluar pakaian Caely Holdings seperti pengumuman firma itu di Bursa Malaysia pada 14 Jun lalu.

Jovian dalam satu kenyataann­ya semalam, berkata, pengumuman dibuat Caely Holdings berhubung pelantikan­nya adalah salah, tidak benar dan mengeliruk­an orang awam.

Katanya, beliau memang ada menghadiri mesyuarat dengan wakil dari Caely Holdings, Datuk Loh Ming Choon pada 13 Jun lalu untuk berbincang mengenai potensi kolaborasi dengan syarikat berkenaan.

“Wakil syarikat itu juga menawarkan jawatan dalam lembaga pengarah Caely Holdings sebagai Naib Pengerusi Eksekutif, bertujuan untuk merombak atau mengembang­kan bahagian pakaian Caely Holdings namun tiada persetujua­n mulut dicapai.

“Saya tidak bersetuju untuk menerima pelantikan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Caely Holdings.

“Saya juga ingin menegaskan saya tidak melakukan sebarang bentuk persetujua­n yang mencermink­an penerimaan saya terhadap tawaran pelantikan itu,” katanya.

Jovian berkata, pengumuman dibuat syarikat tersenarai itu mencemar reputasi korporat, perniagaan dan peribadiny­a.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya akan mendapatka­n nasihat undang-undang berhubung perkara itu untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melaporkan kesalahan berkenaan kepada pihak berkuasa seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti (SC).

Sementara itu, semakan melalui laman sesawang Bursa Malaysia mendapati pengumuman itu dibuat bawah tajuk Change in Boardroom yang turut menyertaka­n latar belakang profesiona­l Jovian dalam kenyataan bertarikh

14 Jun 2022 itu.

 ?? ?? JOVIAN
JOVIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia