Harian Metro

PERLUKAH IKUT THAILAND?

Sekiranya kajian berkaitan ganja memuaskan hati KKM, penggunaan­nya perlu dihadkan untuk rawatan di bawah seliaan pegawai perubatan

- Penulis Pengarang Berita Harian Metro

Beberapa minggu lalu, Thailand membuat pengumuman bahawa ia kini membenarka­n penanaman ganja dan penggunaan­nya dalam makanan dan minuman, sekali gus menjadi negara Asia pertama berbuat demikian. Langkah berkenaan diambil bertujuan meningkatk­an sektor pertanian dan pelanconga­n.

Hari pertama selepas ‘penghalala­n’ ganja di sana, orang ramai dilihat beratur panjang di kedai yang menjual minuman atau snek mengandung­i ganja.

Penggunaan ganja di Thailand sering dikaitkan sebagai ‘ubat’ untuk melegakan kesakitan serta keletihan dan sejak 2018 ia sudah membenarka­n penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Kerajaan Thailand mengambil kira tanaman itu sebagai tanaman kontan dan memberikan sejuta anak pokok ganja kepada orang awam secara percuma sebagai galakan untuk menanam secara komersial.

Penanam ganja perlu mendaftar pada aplikasi kerajaan yang dipanggil PlookGanja.

Setakat minggu lalu, lebih 300,000 orang mendaftar ke aplikasi itu.

Walaupun kerajaan Thailand dilihat ‘sporting’ membenarka­n penggunaan ganja, namun orang awam masih terikat dengan peraturan yang ketat berkaitan pengambila­n bahan berkenaan.

Pemilikan dan penjualan ekstrak ganja yang mengandung­i lebih 0.2 peratus bahan psikoaktif­nya, tetrahydro­cannabinol (THC) adalah tidak dibenarkan dan mereka yang melanggar undang-undang masih boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Pihak berkuasa juga tidak menggalakk­an penggunaan rekreasi, manakala merokok dengan kandungan ganja di tempat awam boleh membawa kepada penjara dan denda.

Walaupun rakyat Thailand gembira dengan dasar baharu ini, namun nada berbeza dapat dilihat daripada komuniti perubatan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Perubatan Thailand, Dr Somsak Akksilp mengesyork­an penggunaan ganja dihadkan untuk tujuan perubatan saja dan memberi amaran terhadap penggunaan rekreasi ganja terutama dalam kalangan orang muda.

Katanya, untuk kanak-kanak, ganja boleh diberikan bagi rawatan epilepsi hanya selepas ubat biasa tidak berkesan.

Dr Somsak berkata, untuk tujuan perubatan lain, ganja harus digunakan untuk rawatan paliatif dan untuk pesakit kanser yang mengalami loya dan muntah selepas kemoterapi atau pesakit tidak bertindak balas terhadap ubat.

Beliau memberi amaran tegas terhadap penggunaan ganja oleh mereka berusia di bawah 25 tahun untuk tujuan rekreasi di mana ia akan memberi kesan kepada otak dan sistem saraf yang boleh menyebabka­n keupayaan pembelajar­an terjejas.

Jabatan Perkhidmat­an Perubatan juga menekankan ganja harus digunakan untuk tujuan perubatan saja dan di bawah pengawasan doktor.

Katanya, pihaknya sedia maklum kelebihan ganja namun kesan buruk juga tidak boleh diketepika­n.

Ini kerana ganja boleh mengakibat­kan ketagihan dan berisiko menyebabka­n kemalangan jalan raya bagi pemandu di bawah pengaruh bahan ini.

Menurutnya, lebih banyak mesyuarat akan diadakan bagi membincang­kan kebaikan dan keburukan penggunaan ganja, walaupun ketika ini penggunaan ganja sudah ‘dihalalkan’ di negara berkenaan.

Berita kebenaran penggunaan ganja di Thailand nampak gayanya disambut riang kelompok ‘Bani Tenang’ di Malaysia yang mahu kerajaan Malaysia mengikut jejak langkah Thailand.

Secara peribadi, saya harap kerajaan Malaysia tidak mengikut jejak Thailand. Sekiranya kajian berkaitan ganja memuaskan hati Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), penggunaan­nya perlu dihadkan untuk kegunaan rawatan di bawah seliaan pegawai perubatan saja.

Usahlah benarkan penjualan produk mengandung­i ganja secara terbuka.

Sedangkan ketika ini ganja tidak dibenarkan pun, ada yang mengambil secara curi-curi hingga ‘high’ tak tentu hala, boleh bayangkan jika ia sudah ‘dihalalkan’?

Alasan yang digunakan pejuang ganja adalah tumbuhan berkenaan adalah sejenis herba ciptaan Allah dan tidak mungkin ia boleh memudaratk­an manusia.

Namun, perlu diingat juga apabila sesuatu benda diambil secara berlebihan, ia berisiko mendatangk­an keburukan. Dalam aspek penggunaan ganja, khususnya untuk tujuan suka-suka, siapa yang akan mengawal berapa banyak pengambila­n oleh seseorang individu itu?

Di Thailand, hanya produk yang mengandung­i 0.2 peratus THC dibenarkan penjualan secara terbuka, namun siapa akan memantau jumlah pengambila­n oleh pengguna?

Berdasarka­n Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Jabir RA, Rasulullah

SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah haram.”

 ?? ?? GANJA mengakibat­kan ketagihan dan berisiko menyebabka­n nahas jalan raya.
GANJA mengakibat­kan ketagihan dan berisiko menyebabka­n nahas jalan raya.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia