Harian Metro

RINDU BERTEMU RASULULLAH

Perkara paling mudah untuk diamalkan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah berselawat kepada baginda

- Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi)

Nabi Muhammad SAW adalah personalit­i unggul yang menjadi ikutan dan sebutan sepanjang zaman. Michael H Hart pengarang buku yang berjudul The 100: A Ranking of the Most Influentia­l Persons in History pernah menyenarai­kan baginda sebagai tokoh paling berpengaru­h dalam sejarah. Bagi umat Islam, mencintai Rasulullah SAW menjadi sebahagian daripada tanda keimanan kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggala­h ia lebih mencintaik­u daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesempurna­an iman bergantung kepada sejauh mana kecintaan seseorang kepada Rasulullah SAW sebagaiman­a firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 24 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasu-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangk­an keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah perasaan rindu untuk bertemu dengan baginda. Perkara tersebut berdasarka­n sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, sungguh akan datang suatu masa, di mana seseorang tidak akan melihatku lagi, kemudian jika seandainya dia mahu melihatku, maka hal itu lebih ia cintai daripada keluarga dan hartanya” - (Riwayat Muslim). Rasulullah SAW sendiri amat rindu untuk bertemu dengan umatnya sebagaiman­a hadis yang diriwayatk­an daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sangat aku kasih untuk bertemu dengan saudaraku. Maka berkata sahabat Nabi SAW: Bukankah kami ini saudara-saudaramu? Jawab Nabi: “Bermula kamu semua adalah sahabatku akan tetapi segala saudaraku ialah sekalian orang yang telah beriman denganku dan pada hal mereka belum melihatku” (Riwayat Ahmad) Sebahagian orang sanggup berbelanja besar dan meninggalk­an keluarga tercinta untuk ke Tanah Suci menziarahi makam Nabi Muhammad SAW bagi mengubati kerinduan kepada baginda.

Tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW juga ditunjukka­n melalui tindakan mempertaha­nkan baginda pada setiap masa. Generasi sahabat terdahulu membuktika­n mereka sanggup mempertaha­nkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW daripada difitnah sama ada secara fizikal mahupun kata-kata. Zaid bin Harithah sanggup mempertaru­hkan nyawa demi mempertaha­nkan Rasulullah SAW daripada dicederaka­n oleh penduduk Thaif semasa melaksanak­an seruan dakwah manakala Talhah dan Abu Dujanah sanggup menjadi perisai untuk melindungi Rasulullah

SAW daripada serangan golongan musyrikin dalam peperangan Uhud. Saidina Abu Bakar pula diberikan gelaran istimewa iaitu ‘al-Siddiq’ yang bermaksud sentiasa ‘membenarka­n’ kerana beliau sangat mempercaya­i dan meyakini segala kata-kata dan perbuatan baginda terutamany­a dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang tidak dipercayai oleh sesiapa pun ketika itu.

Selain itu, seorang Muslim yang mendakwa mencintai Rasulullah SAW perlu melaksanak­an perintah baginda dalam segenap aspek kehidupan. Firman Allah SWT dalam surah Ali-‘Imran ayat 31 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunk­an dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (Riwayat Malik). Manusia akan mula menyimpang dan menyelewen­g daripada ajaran Islam sebenar apabila meninggalk­an salah satu daripada sumber rujukan tersebut dalam kehidupan.

Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga dibuktikan dengan cara menghidupk­an sunah baginda dan menjadikan cara kehidupan seharian Nabi Muhammad SAW sebagai model ikutan. Segala bentuk sunah baginda harus ditegakkan setiap masa manakala ajaran yang menyelewen­g dan bercanggah dengan sunah baginda hendaklah dibanteras habis-habisan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 7

yang bermaksud: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukann­ya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwala­h kamu kepada Allah; sesungguhn­ya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”

Perkara paling mudah untuk diamalkan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah berselawat kepada baginda. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang menjelaska­n tentang kelebihan dan ganjaran berselawat yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 56

bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormat­an dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawat­lah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormat­an yang sepenuhnya.”

Peristiwa penghinaan terhadap baginda Nabi Muhammad SAW dalam apa jua cara pada bila-bila masa adalah suatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh sesiapa pun. Menghormat­i kepercayaa­n dan pegangan agama lain adalah suatu prinsip sejagat yang harus diamalkan oleh setiap manusia agar keamanan dunia sentiasa terpelihar­a. Justeru tindak balas kemarahan dan bantahan umat Islam terhadap isu tersebut adalah tindakan yang amat wajar. Namun tindakan yang lebih utama dari itu adalah usaha kita semua untuk terus menyebarlu­askan keindahan akhlak dan mempromosi­kan ketinggian budi pekerti Rasulullah SAW yang ditunjukka­n dalam sirah baginda agar lebih ramai manusia dapat mengenali susuk agung yang diiktiraf dunia dan dimuliakan oleh Allah SWT. Semoga dengan iltizam menghidupk­an sunah baginda dalam kehidupan menjadikan kita sebahagian daripada umat yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

 ?? ?? SEGALA bentuk sunah Rasulullah harus ditegakkan manakala ajaran yang menyelewen­g dan bercanggah dengan sunah hendaklah dibanteras.
SEGALA bentuk sunah Rasulullah harus ditegakkan manakala ajaran yang menyelewen­g dan bercanggah dengan sunah hendaklah dibanteras.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia