Harian Metro

4 cucu tumpang kasih nenek

-

Melaka: “Selagi ada upaya, saya akan terus menjaga empat cucu dan tidak akan sesekali berpisah selain memastikan pelajaran mereka terjamin,” luah Jawi Boyak, 76, nenek kepada empat cucu yang kehilangan tempat bergantung selepas kematian ibu mereka akibat kegagalan buah pinggang.

Jawi berkata, meskipun menyedari tanggungja­wab perlu dipikulnya amat berat namun dia tetap akan memelihara empat beradik itu berusia enam hingga 17 tahun.

Katanya, arwah anaknya, Norhafizah Mohd Yahya, 38, meninggal dunia Rabu lalu di Hospital Melaka selepas tiga tahun menderita akibat komplikasi buah pinggang.

“Ketika arwah ibu mereka masih hidup, ada individu menyuaraka­n hasrat mahu mengambil anak-anak ini sebagai anak angkat, tetapi saya tidak benarkan.

“Biarlah susah bagaimanap­un, saya akan terus berusaha membesarka­n mereka,” katanya ketika menerima kunjungan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembanguna­n Keluarga dan Kebajikan, Datuk Kalsom Noordin, di rumahnya di Bukit Rambai di sini, semalam.

Menurut Jawi, faktor kesihatan dua cucunya berusia enam serta 10 tahun yang mempunyai masalah komplikasi jantung antara sebab dia bertegas mahu menjaga mereka.

“Alhamdulil­lah, cucu yang bongsu kini sudah tidak perlu mendapatka­n rawatan. Cuma abangnya yang masih perlu dibawa ke hospital dan Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan.

Menurutnya, dalam keadaan usianya yang semakin meningkat, dia hanya berharap terus diberikan kesihatan.

 ?? ?? KALSOM (kanan) melawat empat beradik yang dijaga Jawi (dua dari kanan). - Gambar NSTP/NURALIAWAT­I SABRI
KALSOM (kanan) melawat empat beradik yang dijaga Jawi (dua dari kanan). - Gambar NSTP/NURALIAWAT­I SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia