Harian Metro

SONGLAP RM300J

SPRM tahan empat individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Tidak habis dengan isu rasuah dan pecah amanah apabila empat individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menggelapk­an wang berjumlah RM300 juta.

Sumber berkata, suspek disyaki bersubahat dengan membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembanguna­n di pantai timur.

Menurutnya, tiga lagi individu ditahan SPRM adalah pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperund­ing.

“Semua mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 48 tahun. Tiga daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi ditahan di rumahnya di ibu negara pada jam 12 tengah hari Khamis lalu. “Suspek sudah ditahan reman enam hari bermula semalam hingga Rabu hadapan. Perintah reman dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi semalam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddi­n Hashim mengesahka­n penahanan empat individu itu namun enggan mengulas lanjut.

Suspek disyaki bersubahat buat tuntutan palsu berkaitan projek pembanguna­n di pantai timur

 ?? ?? EMPAT individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu untuk perintah reman.
EMPAT individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu untuk perintah reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia