Harian Metro

Pemandu treler khayal dadah rempuh dua remaja

-

Hulu Selangor: Akibat khayal dadah, seorang pemandu treler merempuh dua mangsa remaja yang sedang menunggang motosikal hingga parah.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, suspek berusia 33 tahun dikatakan melanggar mangsa penunggang motosikal dan pembonceng­nya di Kilometer 55, Jalan Kuala Kali-Bukit Sentosa, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dalam perjalanan dari

Taman Kesumba, Bukit Sentosa dan mahu membelok keluar ke pekan Kuala Kubu Bharu.

“Bagaimanap­un motosikal mereka dilanggar treler yang datang dari belakang (arah Bukit Sentosa).

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal parah di kepala manakala pembonceng cedera di kaki,” katanya.

Arsad berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori berusia 33 tahun itu positif dadah jenis methamphet­amine.

“Polis meminta orang ramai menyalurka­n maklumat berhubung kemalangan itu supaya tindakan lanjut dapat diambil,” katanya.

‘ Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori berusia 33 tahun itu positif dadah jenis methamphet­amine” Arsad Kamaruddin

 ?? ?? KEADAAN motosikal yang terbabit kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kali-Bukit Sentosa, kelmarin.
KEADAAN motosikal yang terbabit kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kuala Kali-Bukit Sentosa, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia