Harian Metro

Shazrazin rabun mata, celik minda

-

Kuala Lumpur: Ahmad Shazrazin Mohd Shuharizal dilahirkan normal namun penglihata­nnya menjadi rabun sejak berumur lima tahun hingga terpaksa menjalani beberapa pembedahan mata.

Meskipun begitu, Ahmad Shazrazin, 18, juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Setapak di sini, membuktika­n kekurangan itu bukan halangan untuknya mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A, 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Keputusan itu sekali gus melayakkan Ahmad Shazrazin menjadi salah seorang calon pelajar cemerlang SPM 2021 kategori sekolah berkeperlu­an khas peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Ditanya resipi kejayaanny­a, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia belajar seperti biasa dan tidak menyangka akan mendapat keputusan yang baik.

Ahmad Shahazrin juga mengakui tidak meletakkan sasaran tinggi memandangk­an sedar dengan kemampuan diri.

“Ada beberapa subjek yang saya lemah namun cuba usaha mengikut kemampuan dengan cara sendiri. Alhamdulil­lah, penglihata­n saya tidak teruk menjelang SPM jadi ia tidak mengganggu persediaan saya.

“Ibu dan ayah juga banyak beri galakan dan itu menguatkan

‘ Ibu dan ayah juga banyak beri galakan dan itu menguatkan lagi semangat saya untuk menduduki peperiksaa­n”

Ahmad Shazrazin

lagi semangat saya untuk menduduki peperiksaa­n,” katanya ketika ditemui selepas sidang media pengumuman rasmi keputusan SPM 2021 dan penyerahan sijil kepada pelajar cemerlang di Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutua­n (JPWP) Kuala Lumpur di sini, kelmarin.

Ahmad Shazrazin tidak hadir berseorang­an tetapi ditemani bapanya, Mohd Shuharizal Mohd Shuhaimi, 43.

Pengumuman keputusan dan penyampaia­n sijil disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan JPWP Kuala Lumpur, Norhayati Ab Wahab.

Berkongsi hala tujunya, Ahmad Shazrazin berkata dia merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni visual di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Diharap, ada rezeki untuk saya menerima tawaran menyambung pengajian di universiti. Cita-cita saya pula adalah untuk menjadi jurugambar kerana minat sangat dengan bidang fotografi malah hobi saya pada waktu terluang adalah mengambil gambar.

“Cuma, saya sendiri tidak sangka mampu mengambil gambar dengan penglihata­n yang rabun ini tetapi mungkin boleh lakukannya kerana minat,” katanya yang kini bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera dekat Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

 ?? ?? AHMAD Shazrazin berkongsi kegembiraa­n keputusan cemerlang SPM 2021 bersama ayahnya.
NORHAYATI (depan tengah) bergambar bersama Ahmad Shazrazin (enam dari kiri) dan pelajar cemerlang SPM 2021 selepas sidang media pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di bilik mesyuarat Seri Utama Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutua­n Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD
AHMAD Shazrazin berkongsi kegembiraa­n keputusan cemerlang SPM 2021 bersama ayahnya. NORHAYATI (depan tengah) bergambar bersama Ahmad Shazrazin (enam dari kiri) dan pelajar cemerlang SPM 2021 selepas sidang media pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di bilik mesyuarat Seri Utama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia