Harian Metro

Empat kena tangkap

-

Jerantut: Empat pemandu lori dan jentera ditahan selepas disyaki terbabit dalam urusan memindahka­n 38 tual balak tanpa lesen bernilai RM83,000 di Hutan Simpan Tekai Tembeling di sini.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkua­saan (Zon Pahang Barat) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Shahril Mohamad berkata, kegiatan itu mula dikesan selepas dua lori membawa muatan balak yang tidak mempunyai tanda tukul, Rabu lalu.

Katanya, siasatan lanjut membawa kepada penemuan kawasan pengumpula­n balak atau matau di Kompartmen 40 Hutan Simpan Tekai Tembeling.

“Empat individu berumur antara 48 hingga 59 tahun ditahan ketika serbuan itu dan 38 tual balak pelbagai spesies berkualiti tinggi antaranya merbau, mersawa dan kempas turut ditemui.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati sindiket berkenaan menceroboh dan menebang balak di Kompartmen 26 hutan simpan sama,” katanya.

Shahril berkata, sindiket itu turut menyorokka­n jentera penyangga yang disita namun, ia berjaya ditemui semula 12.45 tengah hari kelmarin berhampira­n jalan utama.

“Kita sita jentera di Pusat Tahanan Kemasul, Temerloh manakala balak di matau diserahkan kepada Pejabat Hutan Daerah (PHD) Jerantut untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia