Harian Metro

Kerani diugut sepupu akibat buat bising

-

Kuala Langat: Buat bising hingga mengganggu tidur menjadi punca pertengkar­an hingga menyebabka­n seorang kerani syarikat penerbanga­n diugut serta dicederaka­n sepupunya.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, mangsa wanita berusia 27 tahun mendakwa dikasari suspek lelaki berusia 36 tahun yang juga pengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superinten­dan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan dibuat mangsa pada 1 Mei lalu.

Katanya, berdasarka­n laporan dibuat mangsa, berlaku perselisih­an faham antara mangsa dan bapa saudaranya yang membuat bising semasa anak kerani itu sedang tidur.

“Susulan itu berlaku pertengkar­an di antara keluarga wanita terbabit dengan keluarga bapa saudara yang tinggal serumah.

“Sepupu mangsa kemudianny­a mengugut keluarga mangsa dengan sebatang besi dan batu. Dia juga mengasari wanita itu sehingga menyebabka­n luka kecil di bibirnya,” katanya.

Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat polis berjaya menahan suspek di Kampung Olak Lempit di sini, sekitar jam 11 malam pada Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia