Harian Metro

Kilang terbakar paip LPG bocor

-

Seremban: Kebocoran paip saluran gas petroleum cecair (LPG) dipercayai menjadi punca kebakaran besar hingga menyebabka­n pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini, panik.

Dalam kejadian jam 11.40 malam kelmarin, kebakaran kilang di kawasan Perindustr­ian Oakland bersebelah­an lebuh raya berkenaan boleh dilihat dari jarak lebih 1 kilometer.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati saluran gas asli bawah tanah di stesen gas berkeluasa­n 91 meter persegi di kilang berkenaan terbakar.

“Pihak kami berjaya memadamkan kebakaran itu pada jam 2.40 pagi semalam. Kami turut mendapat bantuan daripada BBP Seremban, BBP Nilai, Rembau dan Teluk Kemang selain bantuan daripada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Gas Malaysia serta polis,” katanya, semalam.

Beliau berkata, kawasan kilang berkenaan turut mempunyai pusat pameran kereta dan substesen TNB, bagaimanap­un kebakaran tidak membabitka­n struktur bangunan.

“Pihak kami kemudianny­a memohon bantuan daripada Gas Malaysia supaya menutup saluran paip LPG bagi menghentik­an kebakaran berkenaan sebelum melakukan kerja penyejukan.

“Kebakaran membabitka­n kawasan halaman dekat stesen gas berkenaan dan merosakkan dua kenderaan pekerja. Kejadian tidak membabitka­n kehilangan nyawa atau kecederaan,” katanya.

 ?? ?? KILANG di kawasan Perindustr­ian Oakland yang dimamah api.
KILANG di kawasan Perindustr­ian Oakland yang dimamah api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia