Harian Metro

TNB perkukuh bekalan elektrik di Pulau Pinang

-

Georgetown: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membangunk­an satu lagi projek penyambung­an terus bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang melalui penghantar­an talian atas dari tanah besar Semenanjun­g.

Ketua Pegawai Grid TNB Datuk Husaini Husin berkata, projek untuk memperkuku­hkan bekalan elektrik di Pulau Pinang itu menelan belanja lebih RM500 juta dan dijangka siap menjelang hujung tahun 2024.

“Permintaan beban puncak di pulau ini pernah mencecah 777.85MW yang direkodkan pada Januari 2020 berbanding kapasiti sistem bekalan sedia ada sebanyak 1,130MW. Kami mahu memastikan kapasiti ini stabil apabila Stesen Janakuasa (SJ) Gelugor tamat perkhidmat­annya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, projek berkenaan adalah bagi memastikan kapasiti sistem bekalan sedia ada tidak terjejas apabila satu-satunya stesen jana elektrik di pulau berkenaan iaitu SJ Gelugor dengan kapasiti penjanaan 300MW, dijadualka­n tamat kontrak perkhidmat­an pada akhir 2024.

Husaini berkata, Kementeria­n Kewangan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek talian atas ini mengikut perancanga­n TNB berdasarka­n unjuran permintaan bekalan elektrik di Pulau Pinang sehingga tahun 2030.

“Kerja-kerja fizikal yang merangkumi pembinaan tapak asas menara, pemasangan struktur menara serta kerja-kerja merentang pengalir dijangka bermula pada penghujung 2022,” katanya. - Bernama

 ?? ?? HUSAINI
HUSAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia