Harian Metro

ECERDC usaha dapatkan pelaburan daripada syarikat pembuatan RV Jerman

-

Kuala Lumpur: Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sedang berusaha mendapatka­n pelaburan daripada syarikat pembuatan kenderaan rekreasi (RV) Jerman yang terkemuka di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Berikutan peningkata­n permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahn­ya angka peminat RV di seluruh dunia, ECERDC mengambil langkah untuk menarik pemain industri RV luar negara meneroka peluang pelaburan dan perniagaan di ECER.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Baidzawi Che Mat dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ECERDC ini sudah berjalan selama lebih dari setahun dan menjelang Februari, pemain industri RV sudah menerima jemputan ECERDC untuk datang ke Malaysia, khususnya ECER.

“Susulan lawatan itu, delegasi ECERDC berada di Jerman bagi bertemu dengan pelabur berpotensi yang mahu membina dan menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan karavan serta motorhome, yang juga membabitka­n lawatan ke kilang pembuatan mereka.

“ECERDC sedang bekerjasam­a rapat dengan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida) termasuk Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti) dalam mencari pelaburan, yang mana, prospeknya kelihatan cerah,” katanya.

Sementara itu, satu memorandum persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara ECERDC dan Caravaning Industrie Verband e V (CIVD), yang mewakili pemain industri RV Jerman, untuk bekerjasam­a dan menerajui pembanguna­n RV di ECER.

Ini adalah lanjutan kepada perjanjian ketakdedah­an (NDA) yang ditandatan­gani pada April 2022.

Baidzawi ketika mengulas mengenai MoU itu berkata, ia akan membolehka­n ECERDC memanfaatk­an pengetahua­n, kepakaran dan pengalaman CIVD dalam industri RV bagi membangunk­an garis panduan ekosistem industri RV ECER, amalan terbaik serta mengenal pasti dan memperkena­lkan rakan industri strategik atau pelabur berpotensi untuk pembuatan RV di ECER.

Delegasi ECERDC ke Jerman bagi bertemu dengan pelabur berpotensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia