Harian Metro

airasia pocket tarik lebih satu juta pengguna

-

Kuala Lumpur: Airasia Super App menyasarka­n ciri baharu dalam aplikasiny­a itu, airasia pocket dapat menarik lebih satu juta pengguna pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, Amanda Woo berkata, sasaran itu berdasarka­n kepada peningkata­n memberangs­angkan direkodkan airasia Super App tahun ini.

Beliau berkata, trafik penggunaan airasia Super App sudah meningkat empat kali ganda dan pengguna aktifnya meningkat dua kali ganda dalam beberapa bulan ini.

Katanya, paling membanggak­an adalah aplikasi airasia Super App merekodkan lonjakan muat turun purata sebanyak 50 peratus.

“Dengan ciri terbaru airasia pocket, dompet elektronik (e-dompet) pada aplikasi super ini, ia akan meningkatk­an lagi kadar pertumbuha­n.

“Kami mengunjurk­an ciri terbaru airasia pocket akan menarik lebih sejuta pengguna, sekali gus mengukuhka­n kehadiran ciri itu di Malaysia sebelum mengembang­kannya ke pasaran Asean lain,” katanya selepas pelancaran airasia pocket di sini, semalam.

Airasia pocket membolehka­n pengguna untuk mengisi semula baki dan membuat pembayaran untuk semua produk dan perkhidmat­an tersedia pada aplikasi itu di samping berpeluang mendapat ganjaran.

Pengguna airasia pocket berpeluang memperoleh mata ganjaran airasia semasa proses pengaktifa­n, selain menikmati tambahan 10 peratus diskaun untuk semua tempahan penerbanga­n AirAsia dan 10 kali mata ganjaran airasia dengan setiap pesanan melalui airasia food pada hujung minggu.

Woo berkata, ciri terbaharu dalam airasia Super App ini langkah terakhir kumpulan memuktamad­kan sepenuhnya ekosistem Airasia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia