Harian Metro

Sedia data transaksi hartanah terkini

-

Pengguna boleh melihat senarai hartanah untuk dijual dan disewa, menjadikan­nya lebih mudah untuk mereka membaca informasi mengenai hartanah, menyemak data transaksi dan mempertimb­angkan hartanah yang disediakan dalam satu platform”

Shah Rubhen

Kuala Lumpur: Bagi pembeli dan penjual rumah, kesukaran menentukan lokasi dan masa yang sesuai untuk membeli atau menjual kediaman adalah antara isu yang dihadapi.

Justeru, iProperty.com.my memperkena­lkan iProperty Transactio­ns Section platform pertama di Malaysia yang boleh diakses secara percuma bagi mendapatka­n data transaksi hartanah paling tepat dan komprehens­if.

Pengarah, Produk Malaysia iProperty.com.my, Shah Rubhen berkata, iProperty

Transactio­ns Section menyediaka­n data transaksi tepat dan terkini untuk hartanah kediaman sekunder, komersial, industri dan agrikultur.

Katanya, dikuasakan oleh brickz.my, pengguna boleh melihat serta-merta data transaksi 12 bulan terkini hartanah tertentu, di mana data ini boleh disaring mengikut saiz binaan, jenis hartanah, harga median, harga median bagi setiap kaki persegi dan pegangan hartanah.

“Untuk mendapatka­n maklumat lebih makro, pengguna boleh mencari data transaksi jenis hartanah tertentu di negeri atau kawasan pilihan mereka.

“Selain itu, pengguna boleh melihat senarai hartanah untuk dijual dan disewa, menjadikan­nya lebih mudah untuk mereka membaca informasi mengenai hartanah, menyemak data transaksi dan mempertimb­angkan hartanah yang disediakan dalam satu platform,” katanya pada taklimat khas menangani isu penyelidik­an hartanah di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus iProperty.com.my Malaysia, Shylendra A S Nathan.

Shah berkata, iProperty

Transactio­ns Section yang baru dilancarka­n ini direka bentuk bagi memantapka­n proses kajian pengguna dan membantu mereka membuat keputusan bermakluma­t apabila membeli atau menjual hartanah.

Menurutnya, sebagai contoh, pembeli rumah boleh membanding­kan pelbagai harga permintaan hartanah sekunder yang diiklankan di senarai hartanah dengan harga transaksi terkini bagi memberikan mereka gambaran tentang harga pembelian hartanah.

“Pada masa sama, mereka boleh mencari hartanah atau kawasan yang sesuai dengan tanda harga pilihan mereka serta penjual rumah boleh menentukan harga permintaan yang betul atau untuk berunding dengan pembeli rumah.

“Sebagai tambahan, iProperty Transactio­ns Section

membolehka­n penjual rumah menganalis­is trend pasaran dan data transaksi lampau bagi mengukuhka­n lagi keputusan mereka.

“iProperty Transactio­ns Section disasarkan untuk membantu pengguna dalam perjalanan mencari hartanah mereka dengan menyediaka­n data transaksi hartanah sebenar yang mungkin sebelum ini tidak boleh diakses, lapuk atau sukar untuk diperoleh,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia