Harian Metro

Selamat 35 remaja jadi hamba seks

-

Lagos: Polis Nigeria menyelamat­kan 35 remaja perempuan dari sebuah hotel di mana mangsa digunakan sebagai hamba seks dan kemudian dipaksa melahirkan bayi seterusnya menjual bayi mereka.

Remaja itu diselamatk­an dari Hotel Gally Gally pada Isnin di tenggara negeri Anambra, di mana “mangsa digunakan untuk hamba seks, pelacuran dan kilang bayi,” kata jurucakap polis negeri Tochukwu Ikenga.

Empat daripada remaja perempuan itu hamil, manakala beberapa senjata dan wang tunai turut ditemukan di hotel itu.

Ikenga berkata, siasatan berjalan manakala remaja perempuan itu akan diserahkan kepada agensi kerajaan untuk pemulihan.

Beliau berkata, pemilik hotel itu sudah melarikan diri, manakala tiga suspek sudah ditahan.

“Semua suspek akan didakwa ke mahkamah pada akhir siasatan,” katanya.

Apa yang dipanggil ‘kilang’ biasanya klinik perubatan swasta yang menempatka­n wanita hamil dan menawarkan bayi untuk dijual.

 ?? ?? ANTARA remaja yang diselamatk­an dari hotel berkenaan. - FOTO The Cable
ANTARA remaja yang diselamatk­an dari hotel berkenaan. - FOTO The Cable

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia