Harian Metro

273 nahas babit Tesla

-

Washington: Pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) melaporkan hampir 400 kemalangan dalam 10 bulan membabitka­n kenderaan dengan sistem bantuan pemandu separa automatik termasuk 273 daripadany­a adalah jenis Tesla, menurut statistik yang dikeluarka­n oleh pengawal selia keselamata­n persekutua­n.

The Guardian melaporkan Pentadbira­n Keselamata­n Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) berkata, statistik yang dikumpul antara Julai 2021 dan 15 Mei tahun ini diperolehi daripada pembuat kereta.

Pentadbir NHTSA, Steven Cliff berkata, sambil pihaknya mengumpulk­an lebih banyak data, NHTSA akan dapat mengenal pasti dengan lebih baik sebarang risiko atau trend yang muncul dan mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi teknologi itu di dunia nyata.

Nahas Tesla berlaku termasuk ketika kenderaan menggunaka­n mod pilot auto atau sistem bantuan pemandu lain yang mempunyai sedikit kawalan ke atas kelajuan dan stereng.

Syarikat itu mempunyai kira-kira 830,000 kenderaan sedemikian di jalan raya.

Dalam kenyataan pada Jun 2021, NHTSA memberitah­u lebih daripada 100 pembuat kereta dan syarikat teknologi diminta untuk melaporkan kemalangan serius dalam masa sehari selepas mengetahui mengenainy­a dan mendedahka­n kemalangan yang kurang serius menjelang hari ke-15 pada bulan berikutnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia