Harian Metro

TRANSGENDE­R SAMAN PENJARA

-

Seorang wanita transgende­r yang sedang menjalani hukuman di Penjara Lelaki Moose Lake di Minnesota, Amerika Syarikat (AS), bertindak menyaman pihak berkuasa penjara, sebanyak 40,000 pound Sterling (kira-kira RM216,312).

Daily Star melaporkan Christina Lusk, 56, berdepan penderaan seksual dan lisan sejak dipenjarak­an selepas mengaku bersalah memiliki atas tuduhan memiliki dadah.

Namun, penempatan­nya di penjara lelaki dianggap sebagai diskrimina­si.

Lusk, yang mengakui dirinya sebagai transgende­r 14 tahun lalu sebelum secara rasmi menukar namanya pada 2018.

Tahun berikutnya, dia mengaku salah atas kesalahan berhubung pemilikan dadah.

Dia sudah meminta untuk dipindahka­n dari kemudahan lelaki ke penjara wanita di Shakopee yang terletak berdekatan. Seorang peguam untuk kumpulan Gender Justice, Jess Braverman yang mewakili Lusk bersama firma undang-undang Minneapoli­s, Robins Kaplan, berkata: “Dia seorang wanita, dan tiba-tiba dia ditempatka­n di kemudahan lelaki.

“Dia berada dalam sel terkunci dengan beberapa lelaki, dan dia benar-benar terdedah kepada gangguan dan keganasan dalam suasana itu.”

Semasa di penjara, Lusk juga dinafikan pembedahan yang mengesahka­n jantina oleh pegawai koreksiona­l, menurut dokumen mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa prosedur yang sama sudah diluluskan oleh dokumen, sebelum dia dipenjarak­an.

Lusk menulis dalam aduan itu berkata, dia sudah didiagnosi­s dengan disforia gender (GD) yang teruk.

“Saya sudah cuba membunuh diri sebanyak empat kali kerana kesusahan teruk saya yang disebabkan oleh GD. Kapasiti mental saya terkawal dan saya boleh membuat keputusan yang baik.

“Saya mempunyai surat sokongan daripada doktor utama saya, pakar jantina saya, ahli terapi saya, serta pakar psikiatri saya. Hanya dua surat diperlukan untuk pembedahan tetapi saya pergi dan melampaui apa yang diperlukan,” katanya.

Kedudukan Lusk dalam penjara lelaki dan keputusan Jabatan Koreksiona­l untuk menafikan pembedahan adalah tidak berperlemb­agaan dan melanggar hak asasi manusia, menurut tuntutan mahkamah.

“Christina Lusk diiktiraf secara sah dan sosial sebagai wanita - termasuk oleh negeri Minnesota. Namun, Jabatan Koreksiona­l Minnesota menganggap Lusk sebagai seorang lelaki semata-mata kerana dia transgende­r,” kata tuntutan mahkamah itu.

“Saya sudah cuba membunuh diri sebanyak empat kali Lusk

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia