Harian Metro

BEX atasi masalah buruh di Jepun

-

Tokyo: Untuk mengatasi masalah buruh serta membantu populasi penduduk yang semakin menua, Jepun membangunk­an robot kambing dikenali sebagai BEX.

Wion News melaporkan, Jepun adalah negara yang menghargai teknologi sambil mengekalka­n tradisinya.

Keengganan sekian lama negara itu untuk menerima pendatang, dan kadar kelahiran yang rendah, menyebabka­n ramai penduduk Jepun adalah warga tua.

Walaupun negara sedang mengambil langkah untuk melonggark­an dasar imigresenn­ya yang keras, ia terus dibelenggu oleh kekurangan buruh.

Sehubungan itu, Kawasaki Heavy Industries Jepun, sebuah syarikat multinasio­nal yang terkenal dengan mesin perindustr­ian dan peralatan beratnya membangunk­an robot yang dipercayai akan membantu mengatasi kekurangan buruh di negara itu.

BEX adalah robot berkaki empat, berbentuk seperti kambing.

Robot BEX dinamakan sempena spesies kambing liar Ibex dan ia mempunyai tanduk.

Menurut laporan Reuters, BEX masih menjalani ujian dan syarikat di sebalik robot kambing itu berharap untuk mengkomers­ialkannya menjelang 2023.

Robot itu mempunyai tanduk melengkung yang besar dan menggunaka­n empat kakinya untuk berjalan di atas permukaan yang kasar.

Pada permukaan licin, ia bergerak dengan sangat pantas dengan bantuan roda yang diselitkan di bahagian bawah perutnya. BEX dikuasakan dengan bateri dan boleh membawa beban sehingga 100 kilogram.

Robot BEX dinamakan sempena spesies kambing liar Ibex

 ?? ?? ROBOT kambing BEX.
ROBOT kambing BEX.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia